Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Monday, July 7, 2014

MUHASABAH DIRI

Kawan dan kita....


Imam Al-Ghazali ada menerangkan kawan yang baik dan kawan yang tidak baik :

1. Pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati...

2. Pilih kawan yang berakhlak, jangan pilih kawan yang jahat kerana akan diransang nafsu jahatnya.

3. Pilih kawan yang soleh, jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kepada kita pekerjaan dosa dan maksiat.

4. Pilih kawan yang bersederhana, jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

5. Pilih kawan yang bercakap benar, jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

HATI KOTOR

Bila hati kotor, suka cerita buruk orang secara tak langsung telah mengumpat.... Hukuman di Akhirat adalah makan daging mentah, busuk dan berulat orang yang kita umpat....

Fokuskan pada kebaikan seseorang, mulakan dengan bersangka baik, memaafkan kesilapannya dan perkara yang baik-baik akan anda rasakan....

KAWAN

Ada kawan yang cuba menguji kita.
Ada kawan yang hendak mengajar kita.
Ada kawan yang mahu mempergunakan kita.
Tapi paling penting, kita kenal kawan yang memberi semangat, memahami dan menerima kita seadanya. Itulah kawan yang layak berada di sisi kita.

KAWAN YANG BAIK

Bukan senang nak cari kawan yang baik, bukan senang jugak nak menjadi kawan yang baik... Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya....

It is better to have an ENEMY who honestly says they hate you than to have a FRIEND who's putting you down SECRETLY....

HAMBA ALLAH

Kita tahu kita hamba Allah tapi kita tetap langgar perintahNya.
Kita tahu kudrat kita dari Allah tapi kita tetap sombong dengan kekuatan dan kelebihan kita. 
Kita tahu kita sentiasa bergantung kepada Allah tapi kita bangga dan angkuh dengan kejayaan kita.
Kita tahu kita banyak meminta dari Allah tapi kita jarang bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kita tahu Allah sayang kita tapi kita tapi kita marah bila Dia menguji kita.
Kita tahu bila-bila masa kita akan kembali kepada Allah tapi kita tetapi menjalani hidup kita seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya.

MEMBURUKKAN ORANG

Kita dipandang baik kadangkala bukanlah kerana kita benar-benar baik tapi kerana Allah menutup aib yang ada pada diri kita.... Barangkali kalau aib kita dibuka dan didedahkan tidak ada satu kebaikan apa pun pada diri kita di mata manusia...

Allah datangkan orang yang memarahi kia, memfitnah kita, membuka aib kita, memaki kita, membebel pada kita, berkata pedas pada kita, mengumpat kita dan berbagai lagi.... Itu semua tanda Alah sayang pada kita dan tanda Allah sedang menguji tahap iman kita.... Kita hanya perlu sabar dan terima dengan hati yang redha dan jangan sesekali mengeluh tapi bersyukurlah....

Kadang-kadang jari-jari kita ini pernah membuat dosa, jari dalam dunia modern ini, kadang-kadang kita SMS kadang-kadang kita menulis di wall Facebook perkataan-perkataan yang tidak baik.... Jari-jari yang buat dosa apakah kita tidak bertaubat? Tidak malukah kita nanti menghadap Allah dalam keadaan kita berdosa.... Kadang-kadang kamu sangka perkara demikian remeh-temeh tetapi menjadi besar di sisi Allah...

Setiap kali kita mengkritik orang lain kita telah menjatuhkan martabat kita.... Orang yang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif... Mereka ignore manusia dan peristiwa yang negatif dan menggunakan tenaga  ke arah tujuan hidup mereka.... Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita.... Ambil tanggungjawab dan banyak berdoa.... Hati manusia dalam genggaman Allah.... Siapa yang Allah sayang manusia akan sayang.... Kalau isteri atau suami tak sayang bererti kemungkinan Allah pun tak sayang.... Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita.... Hormati privacy orang lain.... Kalau kita tak suka ganggu, manusia lain jugak tidak mahu diganggu....

DENGAR DAN FAHAM ELOK-ELOK

Cuba ambil 2 kertas kosong dan kemudian senaraikan keburukan orang yang kita benci pada salah satu kertas.... Mesti penuh satu kertas tu kan? Mungkin tak cukup sehelai kertas tu untuk kita senaraikan.... Kemudian ambil lagi satu kertas senaraikan keburukan kita yang buat orang benci.... Penuh tak kertas tu? Mesti kertas tu banyak ruang kosong sebab kita tak dapat fikirkan keburukan kita.... Jadi walau apa pun keburukan seseorang pasti kita ada keburukannya juga... Cuma kita cepat nampak keburukan orang lain dari diri sendiri....

Jadi jom kita sama-sama muhasabah diri dan perbaiki di mana silap kita jangan terlalu nampak kesalahan dan kejahatan orang lain macam kita ni mulia sangat.... Setiap manusia pasti akan mengata dan mengutuk orang lain kerana tiada manusia yang perfect.... Untuk awak tu, hah yer stalker tu, cuba renungkan balik segala kesalahan awak dan fahami balik apa yang saya tulis jangan cuma tahu menunding jari ke arah orang lain.... Awak pun dah nak kahwin tak elok bergaduh nanti hilang seri.... Bila nak bagi kad kahwin pada saya? Bukan ke dulu awak cakap sekali awak berkawan sampai mati tetap kekal sebagai kawan.... Saya tunggu kad kahwin awak sampai ke tangan saya... Awak dah janji nak bagi kad kahwin kan so tolong tunaikan janji.... Jangan jadi manusia munafik yang suka bercakap bohong dan mungkiri janji....

TALK : Tak sabar nak makan nasi minyak raya ni.... Nanti bagi kad kahwin yer? Janji harus ditepati tak kira bermusuh ke benci ke...