Pernah tak anda merasa sangat marah kepada seseorang sehingga rasa terlalu benci dan berdendam dengan nya? Kamu rasa macam nak maki hamun dia dan lenyapkan dia dari dunia ni? Pernah tak kamu rasa benci melihat dia bahagia atau dia merasa senang? Pernah kamu rasa macam nak serang dan tumbuk dia sehingga kamu puas hati? Mesti pernah kan? Tipulah kalau tak ada sifat macam tu.....
Sebenarnya sifat marah, benci, hasad dengki dan dendam ini berpunca dari 1 sebab sahaja iaitu cemburu.... Yes jika bukan sebab cemburu pasti tiada rasa benci dan marah bukan? Kenapa kamu benci pada dia? Sebab dia rampas boyfriend/girlfriend kamu? Sebab dia perasan dia hot/famous/cantik/seksi/ramai peminat? Sebab dia kaya dan suka menunjuk harta benda nya? Sebab dia pernah menjadi kawan paling kamu sayang dulu dan sekarang menjadi orang paling kamu benci? Sebab dia selalu ejek dan bandingkan dirinya dengan kamu?
Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa dia membenci seseorang tu.... Mungkin juga kerana orang tu pernah membuat dia terluka suatu ketika dahulu dan bercerita macam-macam sehingga menimbulkan perasaan benci di dalam dirinya.... Orang tersebut dengki dan cemburu dengannya jadi dia sanggup mereka-reka cerita semata-mata untuk menunjukkan dia lah paling hebat, paling cantik dan paling terbaik.... Dari situ akan timbullah sifat benci di hati orang lain.... Kadang-kadang kita bencikan seseorang bukan suka-suka tapi bersebab.... Bila perasaan benci dan sakit hati itu berterusan selama 2 @ 3 tahun ia akan menjadi dendam.... Bila menjadi dendam, ia akan mula meletup sedikit demi sedikit....
Percaya atau tidak, walaupun dia terlalu benci dan berdendam dengan orang yang mereka cerita itu tetapi dia mampu berkawan dengan orang tu semata-mata untuk melunaskan dendam nya.... Dia cuba berbaik meskipun di dalam hatinya membuak-buak perasaan dendam dan sakit hati.... Dia nak sangat kenal orang tu dan melihat permainan nya terkini.... Sama ada sudah berubah menjadi baik atau still di takuk lama dan ternyata memang si busuk hati itu tetap dengan perangai lama nya bercerita palsu dan mereka-reka cerita.... Mula-mula boleh tahan dengan segala tipu helah dan perangai suka menunjuk si penipu itu lama kelamaan dendam lama mula meletup sedikit demi sedikit dan akhirnya segala benci, dendam, sakit hati dan marah keluar membuak-buak.... Di situlah kita dapat lihat betapa tebal dan tingginya kebencian dan dendam yang ada....
Ok, jom kita hilangkan segala rasa benci dan buang segala dendam jauh-jauh dari sudut hati sebab kebencian ni akan membuatkan hati merasa sakit dan busuk.... Tak guna kita benci kat orang sebab kita sendiri yang rugi.... Jom amalkan tips di bawah :
1. Jauhkan diri dari sifat negatif.
2. Menghiasi hati dengan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji.
3. Milikilah sifat patuh/taat kepada Allah S.W.T.
4. Buanglah sifat ego dalam diri.
5. Sentiasalah muhasabah diri.
6. Sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah dan keluarga.
7. Sentiasa berfikiran positif.
8. Sentiasa bisik dalam diri dengan perasaan rendah diri.
9. Buang sifat dendam dalam hati.
10. Sentiasa puji orang belakang orang.
P/S : Encik Suami pesan hilangkan segala rasa dendam dan benci sebab tak bawak faedah pun rezeki susah nak masuk bila terlalu tinggi rasa benci dan marah.... Baik kita berlumba-lumba dan saling dengki siapa yang lebih banyak buat ibadah dan berbuat pahala dengan Allah.... Biarlah orang nak benci dan berdendam dengan kita, kita buat bodoh jer nanti lama-lama dia diam lah macam anjing yang sibuk menyalak dan mengejar mangsa at last dia akan berhenti menyalak dan kembali ke rumah tuan nya juga.... Jangan jadi manusia munafik yer berjanji tapi mungkir janji.... Semoga bahagia kepada semua musuh-musuhku.... Jom kita kejar harta Akhirat, dunia ni cuma sementara jer....
Ramadhan
12 years ago