Hello bloggers !
Hari ni dah last kita nak makan sedap-sedap dan banyak-banyak sebab esok kita dah start berpuasa.... Malam ni jangan lupa terawih yer semua? Rasa macam nak makan semua benda hari ni, macam mengidam lah pulak rasanya... Hehehehehe... Maklum lah lepas ni nak kena berpuasa selama sebulan, harap-harap boleh lah kurus di bulan puasa ni.... Nafsu masa berbuka kena kawal lah takut terlebih taksub makan....
Puasa sorang-sorang lagi lah tahun ni memandangkan masih berjauhan lagi dengan Encik Suami, in sha Allah tahun depan boleh puasa sama-sama dah.... Rezeki untuk duk bersama belom ada lagi sebab aku masih di sini dan dia masih di sana.... Kat sana pun dah merengek minta aku cepat-cepat duduk dengan dia.... Balik kerja tak der isteri, nak pergi kerja pun tak der orang sedia sarapan...
Bulan puasa ni tak elok kita gaduh-gaduh lagipun sampai bila nak bermasam muka dan kutuk mengutuk di belakang masing-masing.... Masing-masing ada salah dah silap masing-masing so tak salah jika kita saling bermaafan.... Kita pun dah lama bergaduh so tak kan sampai ada anak cucu pun still nak gaduh... Ye dak?
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni kita 0-0 yer? Sebab tak nak dah gaduh-gaduh bukan dapat pahal pun, dapat dosa adalah...Lagipun lepas puasa ni kau dah nak kahwin so better kita tak perlu ungkit kisah lalu... Mungkin apa yang ada di dalam blog ni menyakitkan dan melukakan hati kau tapi tak seteruk apa yang kau dah pernah buat pada aku....Tapi takpe lah benda lepas biarlah lepas kita bina hidup baru...
Aku malas dah sakitkan hati sendiri dengan berdendam dan benci kat kau sebab benda tu akan memusnahkan hati kita slow-slow.... Aku nak berkawan elok-elok dengan kau tanpa rasa sakit hati sebab aku rasa macam budak-budak kita bergaduh.... Semua manusia melakukan kesilapan dan kau juga pernah buat silap dulu jadi tak salah rasanya kalau kita jadi kawan macam dulu.... Aku pernah terasa dengan kau dan sekarang kau terasa dengan aku....
Jangan risau lepas ni tak kan ada rasa dendam dalam hati jika kau berniat ikhlas nak berkawan dengan aku.... Kita pun dah ada kebahagiaan masing-masing so ambil lah inisiatif untuk mengakhiri pergaduhan ini.... Aku harap kau dapat cari aku dan kau boleh luahkan apa yang kau tak puas hati dan marah.... Kalau kau rasa masih nak berkawan, cari aku kat whatsapp... Aku malas dah mengutuk dan memburukkan kau tak dapat hasil apa-apa pun.... Hope wedding kau nanti kad sampai kat aku yer? Hehehehe...
Ape pun semoga persahabatan yang bakal terjalin kekal untuk selamanya.... Kalau kau masih ingat dengan dosa yang kau pernah buat dulu, mesti kau tahu kenapa aku buat macam ni sekarang.... Kita 0-0 yer? Sebab esok dah nak puasa, sebulan lagi kau nak kahwin nanti hilang seri pengantin kalau asyik membenci orang dan ada orang membenci kau.... Aku harap kau cari aku kat whatsapp dan kita kawan.... Ok??? Aku tunggu whatsapp dari kau...
Aku doakan kau cepat-cepat dapat baby nanti.... Lagipun kau kan nak cepat dapat baby, kau sendiri pernah cakap kat aku dulu kalau boleh kahwin tu terus dapat baby.... Aku pun tak tahu macam mana kita boleh bergaduh tapi semuanya berlaku atas salah faham jer.... Nanti kau cari aku, aku akan terangkan bukan dalam ni.... Balas semua ni dalam whatsapp.... Kalau kau masih pegang ayat berkawan sampai mati, cari aku kat whatsapp.... Kalau kau rasa bergaduh ni lagi bagus, teruskan tapi aku tak nak dah... Nanti seksa mati sebab berdendam dengan orang... Aku dah tak nak gaduh, so dah lepas dah aku....
TALK : Selamat datang Ramadhan.... Nak masak apa yer untuk bersahur nanti?
Ramadhan
12 years ago