Selamat pagi 2 Ramadan..... Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berpuasa lagi pada tahun ini.... In sha Allah raya tahun ni lebih meriah sebab dah beraya berdua.... Selama ni raya sorang-sorang je tak pernah lagi raya berdua dengan boyfriend pun tak pernah.... Sadis betol.... Kih3.... Semoga puasa kali ini memberi lebih rezeki yang melimpah ruah dan hidup diberkati Allah S.W.T.....
Ramadan ni bukan sahaja kita perlu menahan lapar dan dahaga, percakapan, perbuatan dan pemakaian pun perlu di jaga.... Bulan Ramadan ni elakkan dari bercakap buruk pasal orang, mengumpat orang sana, mengutuk orang kat sini sebab kita sama-sama nak beribadat di bulan Ramadan.... Sape yang tak nak pahala kan? Kalau lah pahala tu nampak mesti orang dah tak kejar dosa.... Bagi wanita yang free hair dan seksi apa salahnya di bulan Ramadan ni menutup aurat dengan memakai tudung dan berbaju agak sopan sikit nanti tak pasal-pasal diri sendiri hilang pahala puasa dan orang lain mendapat dosa....
Di bulan Ramadan ni perbanyakkan berbuat baik dan pahala.... Kalau kita benci kat seseorang dan kita menyampah dengan seseorang tak salah jika kita bermaafan dan memperbaiki silap masing-masing di bulan Ramadan ni lagipun di hari raya nanti semua orang akan bermaafan.... Kalau tak bertegur sape pun di bulan lain tapi di bulan Ramadan elok kita bermaafan dan bertegur sape dengan kawan, musuh atau sesiapa saja yang menyakitkan hati kita...
Di sini saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa hati atau terluka hati dengan saya tak kira di facebook, instagram, we chat, whatsapp dan terutama sekali di blog dengan segala status dan ayat yang pernah saya up date selama ni.... Tak ada niat pun untuk memerli sesiapa, segala yang tertulis adalah nasihat dari seorang saudara kepada sesama saudaranya... Nak pakai atau tidak terpulang pada diri masing-masing.... Mungkin ada yang berkecik hati dan mengata saya di belakang tapi saya maafkan kalian semua sebab saya pun ada silap jugak.... Ada yang saya tulis membuatkan orang tak selesa dan terasa, itu di luar jangkaan saya... Ape pun saya harap kita semua buang yang keruh, ambil yang jernih.... Tak guna bermasam muka bertahun-tahun dan mengutuk masing-masing tak dapat hasil pun.... Kita kosong-kosong yer semua?
Kepada awak yang stalker 2,
Sudah-sudah lah kita nak mengata, mengumpat atau nak memfitnah di belakang sebab sekarang kita berada di bulan Ramadan yang mulia.... Ingat tak dulu kita bergaduh then bertemu di bulan Ramadan? Sempena bulan Ramadan tahun ni, apa salahnya jika kita saling bermaafan dan melupakan segala salah dan silap masing-masing.... Bagi saya tak perlu dah kita nak marah antara 1 sama lain tetapi saling membantu apa yang perlu dan tak perlu kita lakukan sebab masing-masing dah ada tanggungjawab... Mungkin awak tak sedar dengan kesilapan awak yang lalu sebab awak rasa awak sentiasa betol dan tak berdosa.... Saya nak kita hilangkan segala rasa dendam dan benci di hati masing-masing.... Jangan risau, saya tetap boleh berkawan dengan awak jika awak ikhlas tapi terpulang pada awak sama ada nak berkawan atau bergaduh.... Kalau awak rasa nak berkawan dan nak perbetulkan silap, awak boleh cari saya kat whatsapp atau mesej saya... Kalau awak masih tak cari saya lagi itu bermakna awak memang nak bergaduh dan tak ada rasa nak berbaik.... Kalau betol awak memang baik macam kawan-kawan awak cakap, tentu awak cari saya... Saya harap Ramadan kali ni akan membuatkan kita menjadi kawan dan melupakan segala salah yang lalu....
TALK : Ya Ramadan sungguh aku rindu padamu :-)
Ramadhan
12 years ago