Kita sebagai manusia kalau nak hidup ni mendapat berkat dan rezeki yang melimpah ruah dari Allah kita kena lah sentiasa menjaga percakapan, perbuatan dan cara hidup kita.... Apa guna nak Allah beri anak cepat lepas kahwin dan konon nak hidup diberkati tapi hati tetap busuk dan mulut tetapi suka memfitnah orang... Kalau nak sesuatu yang baik biar lah diri kita ni baik....
Tak faham lah aku tengok cara kawan kau bercakap dengan kau macam cara kau keluar setiap hari dengan tunang tak berdosa dan benda biasa... Habis bila dah kahwin nanti tak der nikmat sebab dah terbiasa dengan hidup macam tu.... Kawan siap cakap lagi " dengan aura ... dapat memberikan sesuatu yang berharga buat kau dan tunang kau" Hello!! Kalau kita ni buat sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam, Allah akan beri sesuatu yang baik untuk kita ker? Belom kahwin lagi dah lagak macam laki bini... Hish3... Dunia oh dunia...
Setiap hari ke hulu ke hilir dengan jantan, memang lapaa jantan kau ni... Tak boleh keluar dengan perempuan jer... Takpe lah sebab mak bapak kau tak kisah kan so biase lah... Kalau mak bapak kau tahu agama dah larang anak dia... Maklum lah family sosial biasa dah.... Orang dalam laman sosial pun dah boleh nilai kau ni betina macam mana even dia tunang kau... Tunang tetap HARAM! Tak der istilah halal dalam pertunangan ni... Bertunang bukan lesen untuk kita berkepit 24 jam dan ke hulu hilir dengan tunang....
Sebelum bercakap pasal berkat, rezeki, kebahagiaan dan Allah beri rahmat, tengok dulu cara kita ikut Islam ke tak... Kalau setakat keluar macam orang kafir, tak payah cakap pasal Islam... Kahwin lah cepat dari kau terus berbuat dosa... Orang bajet kaya dan hot kan nak kahwin lambat sebab nak buat wedding grand... Tak sabar nak tengok pelamin, baju dan hantaran kau... Kalau sampai mencecah beratus ribu memang grand lah... Anak datuk pun tak over macam kau... Bhahahaha... Kawan aku kahwin dengan kontraktor tak der berlagak macam kau, sekarang pakai kereta Audi pun rileks jer...
Sebab cara kau dan kawan-kawan kau macam tu memang puji melambung... Kalau kawan kau tahu agama Islam dia tak kan sokong cara kau dan tunang kau... Adik tunang kau jugak bagus, dah kahwin untuk elakkan maksiat.... Baru jer bertunang tapi dah buat akad nikah dulu sebab nak ke mana-mana bersama orang tak mengata dah.... Aku tahu kau nak anak cepat-cepat tapi ubah lah perangai sosial dan murah kau tu dulu kalau nak rezeki cepat masuk... Kalau kita ni still buat dosa Allah pun tak tolong kita...
Aku harap lepas kau kahwin ni, kau berubah lah.... Stop lah fitnah dan canang buruk pasal aku, cuba bina hidup kau dengan tunang kau tu... Yelah sekarang duk galak ke hulu ke hilir macam belangkas, lepas kahwin nanti buat camtu jugak lah yer... Kau jaga tepi kain kau, tak payah sibuk hal aku.... Kalau tak puas hati datang cari aku tak perlu kata kat fb... Liat betul kau ni suh cari kat whatsapp, menjalang tak pe lak... Hahahaha....
Ingatlah kita ni nak bina masjid jadi biarlah ia nya suci tanpa dosa tapi dari awal lagi kau dah lumurkan istana suci itu dengan dosa kau.... Kau rasa tak berdosa ke keluar dengan jantan ke hulu ke hilir? Kalau perempuan lain dia reti jugak malu keluar jarang-jarang tapi kau selalu publish pasal tunang kau kat fb macam kau sorang ada tunang... Orang lain pun ada tapi tak der macam kau... Tak payah nak perasan kau cantik sangat lah.... Hidup ni biar ada agama dan adab jangan main terjah jer...
Lupa lak kau kan nak menunjuk pada orang pasal tunang kau.... Dulu masa sebelum aku ada someone dalam hidup kau sembunyikan tunang kau, tak bagi orang kenal tapi bila aku kahwin duk up load gambar dengan suami kau jadi sentap eh? Kau jeles terus up load gambar tunang kau bagai nak rak... Jangan duk sibuk up load tup-tup tak jadi kahwin, malu ooooiiii.... Bulan puasa dah tiba ni jadi stop lah keluar dengan tunang tak elok orang pandang... Bulan Ramadhan bulan mulia jangan kotorkan dengan ke hulu ke hilir dengan tunang...
Aku sebagai ex bff kau berdoa semoga Allah bukakan hati kau untuk berubah dan terima kehidupan ini dalam agama Islam bukan hidup ikut cara barat.... Aku pun berharap kau ubah segala sifat keji kau yang suka mengutuk, memburukkan orang dan menyibuk pasal orang, berubah menjadi isteri solehah.... Setiap wanita inginkan rumahtangga yang bahagia jadi cuba lah menjadi wanita bukan betina.... Aku tak pernah cemburu dengan kau sebab tiada apa kelebihan pada kau yang perlu aku cemburukan.... Lain lah kalau tunang kau anak datuk, kerja doktor ke, handsome macam Aaron Aziz dan kaya raya gedabak mungkin jeles lah jugak.... Aku bukan hati busuk macam kau tak boleh tengok orang lain hidup bahagia...
Aku doakan kau bahagia bersama tunang kau even sekarang kita brmusuh dan saling membenci... Bukan aku yang bina kebencian ini tapi kau yang menjadikan benteng dendam dalam hati aku.... Kalau kau ubah sikap dan cuba berbaik dengan aku, in sha Allah aku terima kau... Tapi takpe lah tak mungkin aku terima kau lagi atas segala mulut busuk dan hati durjana kau.... Aku harap bila kau dah ada rumahtangga ni, kau tak kisah dah pasal aku macam perempuan sorang lagi buat sebab dia dah kahwin... Apa-apa whatsapp aku, aku tunggu kau cari aku...
TALK : Selamat pengantin baru betina jalang + betina saiko....
Ramadhan
12 years ago