Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Friday, March 1, 2013

HATI MANUSIA ALLAH YG PEGANG

Pujuk lah hati andai terluka
Pujuk lah mata utk terus berhenti menangis
Pujuk lah jiwa bila terasa sakit
Pujuk lah otak dari terus memikirkan nya

Soal hati memang tak boleh dibuat main kerana ia suatu perasaan yg boleh membunuh jiwa....Orang cakap kenapa perlu berharap? Kenapa perlu meminta belas kasihan? Kenapa perlu menunggu sesuatu yg tak pasti? Jawapan nya mudah sahaja kerana kita ada Allah untuk membantu.....Orang hanya tahu mengkritik dan mengumpat tapi dia tak pernah tahu rahsia hati orang lain....

Setiap manusia di beri otak dan cara pemikiran setiap dari mereka lain-lain.....Tak semua orang fikir seperti yg kita tengah fikirkan sekarang.....Kita tak boleh paksa mereka untuk berfikir seperti kita.....Ada sesetengah manusia hanya mengambil remeh pd setiap perkara yg terjadi n ada setengah manusia mengambil serius dengan perkara yg berlaku.....Tak perlu malu dengan diri sendiri andai orang lain tak berfikir seperti kita kerana Allah memberi kita keistimewaan untuk berfikir dengan lebih jauh.....

Ada manusia yg tak boleh melihat kesenangan orang lain n cuba untuk merosakkan kebahagiaan orang itu dengan menabur segala fitnah yg mampu merobohkan sebuah perhubungan.....Manusia macam ni sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat orang lain tersungkur....Mereka akan berpuas hati bila dapat melihat orang lain sengsara n kecewa tapi Allah pasti akan memberi balasan yg setimpal untuk mereka sehingga mereka tak pernah merasa tenang sepanjang hidup mereka walaupun mereka tengah bahagia n ada ramai orang di sekeliling mereka....Mereka mempunyai masalah hati yg serius kerana jiwa mereka tak pernah tenang dengan hidup mereka.....Mungkin kerana mereka terlalu banyak berdendam dengan orang lain sehingga sanggup meruntuhkan hubungan orang yg mereka dendami....

Soal nya siapa orang yg paling Allah sayang, siapa orang yg paling Allah benci tak perlu dipersoalkan kerana hanya Allah yg berhak menentukan siapa yg baik n siapa yg jahat.....Kita tak mampu menilai kejahatan orang....Mungkin bagi kita dia jahat tapi bagi Allah dia baik.....Jaga hubungan kita dengan Allah jika nak sentiasa Dia berada dekat dengan kita.....Allah Maha Mendengar, nak apa-apa minta jer dengan Dia pasti Dia akan kabul kan.....Allah akan menolong semua hamba-Nya tak kira orang baik @ orang jahat....

Soal jodoh jua ketentuan Allah.....Mungkin otak dah jemu dengan pertanyaan " Bila nak kahwin? Tak kan nak jadi andartu kot? Tak laku ker? " Tapi hati tetapi berkata " Aku YAKIN Allah telah tetapkan yg terbaik untuk aku cuma aku perlu tunggu sedikit waktu " Tipu lah jika di hati tak pernah terdetik ingin membina sebuah mahligai indah di alam rumah tangga dengan diserikan cahaya mata yg comel-comel....Tak perlu risau akan jodohmu kerana Allah dah tetapkan sejak kita dalam perut ibu lagi bila tarikh kita akan bertemu jodoh kita.....Tak salah kalau bersabar sikit jer lagi....

TALK : Sabar memang sangat pahit tapi hasilnya sangat manis.....