Tahun 2013 ni umur aku dah masuk 25 tahun....Macam tak caya jer diri dah makin tua maklum lah dalam ramai-ramai beradik aku paling pendek....Aku terima kenyataan diri ni pendek sebab tiap2 hari K.Cik panggil aku pendek.....Dalam masa bergelak ketawa dengan family, ada 2 perasaan sedang terluka menanti kedatangan seorang menantu dalam family ni iaitu Mak dan Abah....Well, anak mana yg sanggup tengok Mak n Abah dia sedih dan bimbang coz anak dah masuk umur 25 tahun tapi still tak kahwin....Mesti dalam hati tertanya-tanya anak aku ni tak laku ker? Ke dah tak minat lelaki? Mungkin garang sangat kot sampai lelaki tak berani nak dekat.....Haha....Bab garang 2,Balqis yg selalu ungkit cakap aku ni garang.....
Aku tahu Abah aku nak sangat ada seorang lelaki yg mampu menjaga dan memberi aku segalanya yg dia telah sediakan pada aku....Dia tak mungkin sewenangnya melepaskan anak dia pada seseorang yg dia tak yakin mampu menjaga anak dia sebaik dia....Ayah mana yg nak tengok anak dia menderita....Dulu Abah aku bukan lah someone yg suka bercakap soal lelaki tapi sejak tahun 2013 ni, kerap jugak dia bertanya pada Mak aku....
Actually aku nak sangat bagi Mak n Abah happy tahun ni sebab dieorang tengah berharap pada aku....Abah aku dah terasa hati sampai dah tak ikut Tok Imam pergi majlis wedding sape-sape untuk jadi saksi....Mungkin sebab terkilan sebab anak dia still tak kahwin lagi.....Asyik tengok anak orang jer kahwin... Seriusly, kadang-kadang mengalir jugak air mata mengenang nasib diri.....Balqis tiap-tiap hari tanya bila kakak nak kahwin....Tak nak kahwin ker? Tak nak bagi saya anak sedara?
Mak bagi anak mu ini masa untuk memikirkan soal ni dengan mendalam....Bukan tak nak cari sape-sape cuma hati belom teringin nak ade keluarga sebab hidup pun belom stabil lagi.....Ada 1 impian yg anak mu ini nak kejar sebelom membina mahligai indah bersama sang jejaka tercinta....Buat masa sekarang, biar lah anak mu ini bersendirian dulu sehingga Allah dah tuliskan sudah tiba masa untuk anak mu ini bersuami....Saya saya Mak n Abah, kalau boleh nak tengok senyuman di wajah Mak n Abah....
Sebenarnya aku pun dah tension fikir sal kahwin tiap-tiap hari ni sebab jumpa jer sape-sape mesti tanya bila nak kahwin.....Dah lah kawan-kawan adik aku kenal aku,dieorang pun asyik tanya bila aku nak kahwin.... Bila dah sampai masanya, kad kahwin sampai lah depan rumah....Sekarang ni aku nk enjoy puas-puas dengan hidup aku yg tak berapa nak indah ni....Ceh~ Pape pun tengs pada semua yg mendoakan supaya saya cepat kahwin....Tolong nyanyi lagu kahwin banyak-banyak....
Ya Allah jika ini ketetapan-Mu aku terima semua ni dengan redha....Aku tahu Engkau tengah menghitung yg terbaik buat aku....Walaupun aku tak nampak kebaikan tu tapi pasti suatu hari nanti aku akan bersyukur dengan setiap perhitungan-Mu ini.....Ya Allah izinkan aku untuk membuat Mak dan Abah aku bangga dengan aku...Ya Allah kami sebagai hamba hanya bergantung harap pada-Mu.... Berikan kami rahmat-Mu....Amin....