Aku tak tahu dari mana aku harus mulakan kerana hanya hati yg mampu berbicara....Mulut tidak mampu mengungkapkan kata dan tangan tidak mampu menaip....Orang tua cakap hati tidak pernah menipu jadi percaya lah pada setiap kata hati....Senyuman mampu melindungi rahsia hati tapi hati tidak mampu menipu otak dari menangis dan terluka....
Setiap manusia pasti pernah rasa kecewa dan terluka.....Tapi setiap kekecewaan itu pasti berbeza-beza puncanya....Hanya sabar dan taqwa yg menjadi pegangan untuk terus tabah menghadapi kehidupan yg mencabar....Bukan tidak pernah mencuba tapi hati takut untuk terluka lagi.....Bukan senang suatu luka untuk sembuh kerana ia mungkin mengambil masa yg cukup lama....
Allah tahu resah hati kita....Allah tahu luka di hati kita dan Allah tahu kita menangis tapi bukan bererti Allah berpaling dari kita cuma Dia ingin menguji sekuat mana kesabaran kita.....Kadang-kadang aku cepat melatah dan tersungkur tapi aku cepat tersedar bila Allah mengetuk mata hati aku.....Aku juga tidak pernah lari dari kecewa dengan nikmat yg Allah berikan sehingga aku terkapai-kapai mencari erti hidup....Allah tidak pernah membiarkan aku dahaga pertolongan dari-Nya walaupun aku bukan manusia yg bersyukur.....Allah tetap memberi aku petunjuk di atas setiap pertanyaan aku....
Ya Allah betapa kejam nya aku dalam menilai anugerah yg Engkau berikan! Ya Allah, jangan biarkan aku sendirian tanpa pertolongan dari-Mu kerana siapa lah aku tanpa-Mu.....Aku tak ingin mencari kerana aku cuma menunggu cinta yg telah Allah janji kan untuk aku.....Ya Allah, tambahkan rasa cinta ku terhadap-Mu kerana hanya Engkau yg layak aku cintai sekarang dan untuk selamanya....Aku sunyi Ya Allah! Aku buntu Ya Allah! Aku terluka Ya Allah!
Ramadhan
12 years ago