Aku bukan manusia yg kuat apatah lagi manusia yg hebat, aku cuma manusia biasa yg punya hati dan jiwa yg sensitif.....Mungkin luaran orang nampak aku kuat n seorang yg ganas tapi aku mudah tersentuh hati dgn sesuatu yg boleh membuatkan air mata aku jatuh tanpa sedar....Aku tak tahu di mana silap aku n apa dosa aku sehingga terlalu berat ujian yg Allah beri pada aku....Aku sedih sangat-sangat bila aku tak mampu untuk menadah tangan n berteleku di tikar sejadah saat aku terlalu sedih memohon keampunan n pertolongan dari Pencipta ku....
Aku tak pernah salahkan takdir @ menganggap Allah kejam kerana dugaan datang mencurah-curah pada aku cuma aku kesal dengan diri aku sendiri sebab aku tak mampu untuk hadapi setiap dugaan yg diberikan tanpa pernah merungut....Aku kalah Ya Allah ! Aku kerdil Ya Allah ! Aku berdosa Ya Allah ! Ya Allah beri aku petunjuk-Mu agar aku sentiasa mendapat rahmat dari-Mu....
Aku tak ada sesiapa di atas dunia ni untuk mengadu, aku cuma ada Allah tempat untuk meluah segala rasa sedih di saat aku berduka....Walau ape pun terjadi, biarlah aku tanggung semua ni sorang-sorang semoga Allah ampunkan dosa aku.....
Adik aku pernah cakap " Dalam dunia ni kita dah tak ade sesiapa tempat untuk merayu n mengadu, berbalik lah pada Allah setiap kali kita terluka n kecewa kerana hanya Allah sahaja yg faham penderitaan yg kita tanggung....Orang lain mungkin tak tahu kesakitan yg kita rasakan tapi Allah tahu "
Allah tahu kita sakit, Allah tahu kita terluka, Allah tahu kita menangis, Allah tahu kita kecewa tapi Allah tak beri apa yg kita inginkan kerana Allah nak beri sesuatu yg lebih baik n berharga dari apa yg kita pinta..... Jangan lah menyalahkan takdir dengan apa yg berlaku tapi salahkan diri sendiri sebab kita yg membuatkan di mana kita berada sekarang.....
Ya Allah aku takut pada pembalasan dari-Mu....Aku takut jika Engkau berpaling dari ku dan aku juga takut jika Engkau membenci ku kerana tiada sesiapa yg boleh membantu aku selain dari-Mu....Ya Allah aku takut jika Engkau murka padaku....Aku rindukan-Mu Ya Allah....Aku rindu untuk bersujud dan menangis pada-Mu....Ya Allah terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk berdoa dan tersenyum walaupun aku dah banyak berdosa pada-Mu....Ya Allah izinkan aku mencintai-Mu lebih dari aku cintakan makhluk-Mu kerana cinta untuk-Mu adalah cinta yg abadi.....
P/S : Cukup lah Allah sahaja untuk ku