Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Tuesday, April 2, 2013

SAYA SAYANG ABAH

Abah kekuatan aku....
Abah segalanya buat aku....
Aku sayang sangat kat Abah....

Setelah 3 hari berturut-turut berulang alik ke hospital, akhirnya Abah dah boleh keluar wad hari ini.... Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah... Aku bersyukur sangat-sangat sebab Abah dah semakin beransur pulih dan makin ceria....Bukan sesuatu yang menarik bila melihat orang tersayang terlantar sakit di hospital.... Hanya air mata yang menjawab segala kesedihan yang terlindung....

Aku ta kan pernah lupakan tarikh 31 Mac 2013 sampai bila-bila....Hampir tercabut nyawa aku bila Mak call  memberitahu berita buruk....Keadaan hospital memang membuatkan aku bengang dan marah aku meluap-luap....Begitu lah hospital kerajaan, menyusahkan! Alhamdulillah Abah tak hadapi kecederaan yang teruk cuma tercalar sedikit sahaja....Hanya Allah yang tahu betapa lega aku bila doktor cakap keadaan Abah baik-baik saja n tak ade kecederaan yang serius....

Terima kasih kepada semua yang sudi jenguk ke hospital melawat Abah aku....Hanya sokongan dan doa-doa dari sahabat handai yang membuatkan aku kuat....Semoga Abah cepat sihat dan boleh bekerja macam dulu lagi....Pengalaman accident itu benar-benar memberi tamparan yang kuat pada aku....Bila telinga ini menadah cerita keadaan Abah semasa kejadian terjadi hanya air mata yang bercucuran....Tak dapat aku bayangkan kalau aku ada di tempat kejadian....Melihat keadaan Abah di wad kecemasan pun, aku hampir pengsan....Tak pernah aku bayangkan seumur hidup Abah aku berkeadaan macam 2.....

Masa hari kejadian aku tiada sahabat untuk bercerita dan aku memohon kepada Allah supaya menghadirkan seseorang agar dapat memberi aku kekuatan untuk bersabar dan berhenti menangis....Tetapi Allah tidak hadirkan sesiapa, Allah hadirkan sebuah mimpi kepada aku dan membuatkan aku sedar tentang makna di sebalik mimpi itu....Terima kasih Ya Allah kerana telah menunjukkan jalan....


TALK : Ya Allah berikan aku kekuatan....Aku dah tak kuat, setiap kali sujud hanya air mata yang bercucuran....Ya Allah berikan Abah kekuatan....