Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Friday, February 15, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU

15022013 - JUMAAT

Selamat Pengantin Baru buat cousin aku yg berada nun jauh di sana....Akhirnya dia dah selamat kahwin selepas bertahun-tahun bercinta....Meriah + besar-besaran majlis mereka tp yg tak best nyer basah hujan....Hujan itu kan rahmat, Alhamdulillah...Pape pun aku doakan mereka berbahagia hingga ke akhir hayat... Hope dieorg dikurniakan anak-anak yg sihat dan comey :-) 

Best sgt dapat berkumpul ramai-ramai anak beranak n berbual, aku rindukan saat dulu masa semua tengah meningkat dewasa, berkumpul ramai-ramai,berbual,bergelak ketawa n menangis bersama....Sekarang masing-masing dh bekeluarga jadi xdapat nak berkumpul cm dulu....

Allah tahu apa yg terbaik untuk kita....Perancangan Allah lebih dari perancangan kita,jadi tak perlu gusar jika masih sendiri....Jodoh,ajal,maut n rezeki semua di tangan Allah....Bila jodoh sudah tiba, pasti akan bersanding jua....Percaya pada Qada n Qadar Allah sebab kita tak pernah tahu siapa jodoh kita n siapa yg terbaik untuk kita....Alam perkahwinan tetap yg paling BEST....Bercinta selepas kahwin lagi elok.....

3 dugaan terbesar dalam perkahwinan :

1)Komunikasi
-Lelaki dan wanita sebenarnya memiliki otak yang sangat berbeza membuatkan cara berfikir juga amat berlainan.Dari segi pertuturan bahasa juga memiliki susur logika yang ketara berbeza.Hal ini biasanya menyebabkan banyak pasangan terutama yang baru berkahwin sukar menyesuaikan komunikasi antara satu sama lain dengan lancar.Masalah ini tentu sekali mempengaruhi hubungan yang dibina.

Untuk mengatasinya juga mengelakkan ketergantungan dan salah faham dalam komunikasi,jika ada perkataan pasangan yang tidak anda jelas akan maksudnya,mintalah pasangan mengulanginya.Begitu juga jika ada perkataan yang anda tutur kurang jelas bagi pasangan,ulang dan jelaskan padanya agar pemberian dan penerimaan dalam komunikasi berjalan lancar.

2)Kepercayaan
-Sukar dinafikan bahawa walaupun perkahwinan bererti terjalinnya ikatan yang sah dan suci,namun banyak pasangan yang sukar untuk membina kepercayaan antara satu sama lain.Malahan usaha untuk memupuk rasa percaya dalam perkahwinan sememangnya memerlukan waktu yang cukup lama.

Demi mengatasi kurangnya kepercayaan antara anda dan pasangan,sentiasalah saling mendekatkan diri dan memberikan pujian juga kata-kata manis.Mendengar pujian membuat seseorang merasa aman dan selamat.Selain itu,menunjukkan sikap saling memerlukan menjadi teras yang baik untuk membangun rasa percaya dan yakin antara satu sama lain.

3)Kewangan
-Masalah kewangan dan hal-hal yang berkaitan dengannya sering memberi pengaruh yang hebat dalam perkahwinan.Cara mengatur perihal kewangan yang berbeza kadangkala mewujudkan selisih faham dan pertengkaran.

Untuk menyelesaikannya memerlukan kompromi yang baik antara anda dan pasangan.Usah merahsiakan perihal kewangan masing-masing,buatlah bajet yang bertepatan dan sentiasa bertanggungjawab atas pengeluaran atau perbelanjaan yang dilakukan.

P/S : Bila lah aku lak nak kahwin??? ;-)