Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Thursday, December 4, 2014

REZEKI MASYUKK LAGI

Hello 4th December!!!!!

Hari ni sangat-sangat penat dan best sangat boleh tido di saat hujan tengah hari.... Terasa dingin gitu tapi frust jugak lah tak dapan menikmati coconut shake Mok Su.... Patutnya hari ni plan nak g minum coconut shake famous di Kelate ni tapi tak der rezek jugak coz hujan, di tunda ke minggu depan jelah.... Hehehehehe....

Alhamdulillah semalam rezeki masyukk.... Syukur sangat sebab Allah bagi rezeki saat aku benar-benar perlukan.... Banyak kot barang-barang yang tertunggak perlu di shopping.... Bab shopping kita tinggal belakang dulu tengok lah bila-bila dah ada duit lebih boleh lah shopping barang-barang keperluan.... Masyuk sikit tak per janji dapat duit.... Alhamdulillah, syukur dengan nikmat nya....

Tadi rambang mata gi KB Mall semata-mata ada sales handbag and kasut.... Adoiii, nape lah buat sales time kering ni.... Tadi pun hampir sambar handbag dah, aku ni memang hantu handbag mesti nak beli handbag jer.... Sabar-sabar tahan nafsu dulu.... Sekarang ni ada benda penting yang perlu di selesaikan, bab shopping extend ke tahun depan.... Hehehehehe....

Sekarang ni duit penting untuk beli keperluan dari membazir beli benda-benda tak penting.... Bukannya tak der duit nak shopping atau pergi bercuti segala bagai tapi aku nak fokus pada benda penting dulu.... Ada patut aku ni dikutuk oleh someone yang konon nya aku ni tak der duit.... Ingat kau jer ada duit??? Kalau simpan duit 2 @ 3 bulan aku boleh capai 2 @ 3 biji handbag.... Aku pun ade income sendiri nak shopping ke bercuti cuma sekarang ni semua tu tak penting pada aku....

Tak per orang mengata kita jangan kita mengata orang.... Aku cakap tak mampu nak bercuti bukan sebab tak der duit lasum tapi tiap-tiap bulan aku menyimpan at least ade lah simpanan.... Tak kan lah semua duit ada kat tangan nak guna jer, tak nak simpan lasum.... Aku boleh jer gi bercuti mana-mana cuma bukan tiap-tiap bulan lah.... Orang gaji RM3k @ RM5k pun tak gi bercuti tiap-tiap bulan.... Kawan aku husband kontraktor, pakai kereta Audi TT pun tak bercuti @ gi oversea tapi kuat naik KL lah shopping....

Orang mengata kita, Allah limpahkan rezeki buat kita.... Bukan setakat rezeki duit sahaja tapi rezeki yang betol-betol penting.... Allah tahu hamba Dia terseksa dan Allah tak kan uji hamba-Nya melebihi dari kemampuan kita.... Kalau di masa lampau kita pernah berbuat silap atau suka memburukkan orang, tak mustahil Allah bayar cash atas dunia lagi.... So cuba kita muhasabah diri apa silap dan dosa kita sehingga Allah memberi ujian sebegitu pada kita.... Aku tak der hak nak tegur kau sebab kau tak pernah sedar yang sehingga ke hari ini kau terus memburukkan orang.... Kau cuba imbas balik apa yang kau buat dan aku berharap suatu hari nanti kau berubah dan sedar kau yang bersalah bukan orang lain....

Ya Allah, sesungguhnya rezeki-Mu sangat luas, rezeki-Mu sangat besar sehingga kadang-kadang hamba tidak sedar akan kekhilafan sendiri.... Ya Allah, terima kasih atas rezeki yang Engkau limpahkan pada kami.... Ya Allah, ujian-Mu sungguh indah, sehingga kadang-kadang hamba tersasar sari landasan tapi cepat tersedar.... Ya Allah, aku bersyukur kerana sehingga ke hari ini mulut yang Engkau anugerahkan ini tidak pernah aku gunakan untuk memfitnah dan memburukkan orang lain, mencari salah orang lain dan menunjukkan diri aku betol... Ya Allah sesungguhnya aku manusia kerdil yang pasti membuat silap tetapi tidak pernah sehingga menyakiti hati orang lain.... Aminnn....

TALK : Jangan pernah melihat kesalahan orang lain, cermin dosa kita sendiri apa yang kita buat pada orang bertahun-tahun sehingga orang benci kepada kita sehingga sekarang.... Kalau tak nak orang benci, jangan tunjuk dan bercerita pada orang macam kita ni hebat dan kaya kalau kita dengan dia pun sama taraf jer....