Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Monday, December 1, 2014

HELLO DECEMBER 2014!

Hello December!!!

Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2014, 1 bulan lagi dah masuk tahun 2015.... Kejap je masa berlalu sekarang ni, tak terasa pun tahun ni berlalu dengan cepat.... Dear December, please be perfect month to me :-)

Dah bermacam onak dan duri kita lalui sepanjang tahun 2014 ni.... Ada yang pahit dan ada yang manis.... Yang pahit itu jadikan tauladan dan yang manis kenangan.... Jangan lah anggap setiap yang pahit itu busuk dan buruk kerana tanpa kepahitan hidup mesti tak sempurna kehidupan kita.... Yang pasti 2014 pasti membawa banyak kenangan yang mengusik kalbu kalian.... Tahun 2014 bakal melabuhkan tirai nya....

Tahun 2014 memang menjadi tahun paling menggembirakan buat aku, terima kasih Ya Allah.... Aku telah temui ramai orang-orang yang baik dan jujur dalam hidup aku.... Mereka lah yang membuatkan tahun ini ceria dalam hidup ku.... Tapi di tahun 2014 juga ade perkara pahit yang aku lalui, yang akan akan disimpan sebagai tauladan di masa depan.... Aku juga tak lari dari berjumpa dengan manusia yang talam dua muka dan berpura-pura baik di depan aku bah kan di belakang mengutuk aku.... Well itu perkara biasa dalam kehidupan....

Ingat kan bila di tahun baru dan memegang status baru sebagai seorang isteri mampu merubah corak kehidupan dan pemikiran seseorang menjadi lebih matang dan cerdik tapi ternyata hanya perubahan diri yang mampu menentukan cara kita berfikir.... Tak semestinya orang yang belom berkahwin masih berfikiran keanak-anakan dan yang dah berkahwin berfikiran matang....

Dah bergelar isteri orang pun masih seperti budak-budak.... Main block whatsapp dan instagram.... Aku tahu dia baca blog ni sebab dia dah hamburkan kata-kata kesat sebelum block whatsapp dan instagram... Kenapa dia block whatsapp aku selepas menghamburkan amarah? Kerana dia takut reply whatsapp dari aku....Jangan lah merasakan diri kita ni perfect tak pernah mengata @ kondem orang kalau setiap ayat yang keluar mesti nak membandingkan diri dengan kehidupan orang lain.... 

Kepada sesiapa yang terasa dengan entry lepas, maaf lah yer bukan tuju kat korang pun tapi korang nak terasa ape boleh buat.... Mungkin sebab memang korang ada niat menunjuk tu korang terasa.... Entry lepas tiada kena mengena dengan orang-orang yang aku pernah kenal @ tak kenal tapi merujuk pada diri sendiri.... 

Aku suka tengok someone ni, dia dah lain sangat sekarang sebab dah tak kisah pasal orang-orang lepas sebab dia dah bahagia dengan kehidupan dia..... Aku tahu husband dia mampu tapi dieorang still tak berlagak pakai kereta Kancil je sedangkan dia boleh dapat kereta lebih better.... Gi honeymoon hari tu bukan calang-calang tempat, gi Jepun tapi tak pernah sikit pun berlagak..... Aku suka dengan cara dia yang humble dan tak menunjuk.... Wedding hari tu pun biasa-biasa je tak buat grand pun.... Orang ada duit memang macam tu tak suka menunjuk.... Aku salute dengan dia dan dengar cerita nak jadi mommy to be dah.... Congrats dear :-) 

Disember,

Bulan ni bulan terakhir sebelum tibanya tahun 2015..... Yes, tahun 2015 lagi membawa kebahagiaan buat kami semua..... Ni bulan terakhir sebelum umur pun melangkah lebih tua uuooolllsss.... Malu gitu nak ngaku umur dah 27 tahun nanti tapi tak per muka still muda..... Orang tak cakap umur 27, orang ingat baru lepas SPM jer.... Bukan perasan tapi nilah realiti bila orang duk tanya-tanya.... Hehehehehe.... Bersyukur sebab muka tak nampak tua nanti orang ingat masih anak dara padahal dah kahwin dah.... Pasni nak cari kawan yang baik-baik jer tak nak dah ada kawan yang negatif....