Happy Birthday Puan Wanie Dior!!!
31 Julai 2014 genap usia aku yang ke-26 tahun.... Tak sangka dah tua rupanya aku, ingatkan baru 18 tahun.... Eh lupa dah jadi isteri orang pun sekarang so dah tua lah kan? Ramai yang ingat aku ni masih 18 tahun so kire nampak muda lah keh? Ecececece.... Alhamdulillah dikurniakan wajah yang lebih muda dari umur sehingga ramai tak percaya aku dah umur 26 tahun sebab badan aku kecil molek so orang anggap aku masih budak-budak sebab adik-adik aku lebih tinggi dari aku.... Hehehehehe....
Tak sangka birthday aku tahun ni paling meriah dan buat aku menangis terharu sebab dapat surprise dari Encik Husband... Pandai yer awak berpakat dengan adik-adik saya plan birthday aku tahun ni.... Comey betol birthday saya tahun ni jatuh pada 4 Syawal so konfem ramai yang datang.... Seluruh kaum family aku turut hadir memeriahkan birthday aku, tak sangka sepupu sepapat pun berpakat konon tak tahu pape... Pandai yer korang simpan rahsia....
Patutlah beria Encik Husband ajak balik KB lewat petang, ajak aku g mandi kat Kolam Air Panas LA, then buat-buat sampai aku penat.... Kebetulan raya ke-2 duk rumah mertua, best awak plan semua ni... Terkejut balik rumah tengok makanan penuh atas meja, mak cakap tak buat open house tahun ni alih-alih dieorang plan nak sambut birthday aku.... Mak aku beria cakap ade kek tahun ni mesti ada orang sambut, aku dah pelik dengan ayat mak tapi aku buat biasa jer....
Part paling kelakar surprise birthday hampir tak menjadi gara-gara aku tertinggal signature so kena balik KB untuk sign dan pergi ke Etiqa.... Tapi plan menjadi jugak bila balik rumah sedara dah ramai sampai dan dieorang bawak keluar kek dan hadiah.... Aku rasa macam nak menangis bila Encik Husband sambut birthday aku tahun ni.... Dia cakap hadiah dan kek tak der tapi rupanya dia dah plan semua tu.... Sedih, terharu dan happy tak terkata... Dapat 2 hadiah dari Encik Husband....
Tengs pada Encik Husband, mak, abah dan adik-adik yang plan semua ni.... Korang memang torbaekk!! Sayang korang sangat-sangat.... To Encik Husband, semoga hubungan kita ini kekal sehingga ke Jannah dan cepat-cepat dikurniakan baby... Saya harap kita akan lebih sayang antara 1 sama lain dan cepat-cepat duk sekali.... I love you, Abang...
TALK : Happy 26th Birthday Mrs. Aiman
Gelang Pandora birthday present dari Encik Husband
Cincin ni hadiah kedua dari Encik Husband gara-gara aku nak cincin baru...
Jamuan birthday aku, yes dapat makan satay
Kek birthday aku khas dari Encik Husband, fokus pada ayat di atas kek tu
Balloons