Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Sunday, June 1, 2014

CERMIN DIRI SENDIRI DULU


Hello blogger and stalker! Ingat tak suatu ketika dulu kau ada up date status tentang ni? Tak rasa ker ayat ni kena kat batang hidung sendiri? Bukan ke kau yang dengki dengan aku dan burukkan aku dekat kawan, family dan tunang kau? Sebelum kita nak up date status apa-apa cermin diri sendiri dulu... Sekarang kan dah kena batang hidung sendiri sebab kau tak sedar ni sebenarnya sifat kau... Siapa yang buruk kan siapa depan kawan-kawan, family dan tunang? Bukan ke kau yang bercerita pasal aku dekat kawan-kawan kau? Fitnah aku macam-macam depan tunang kau sampai tunang kau boleh sibuk nak interframe mengata aku? Dia tahu ke aku siapa dengan kau? Agak-agak apa kau cerita dekat dia tentang aku yer? Siap cakap kau ni retis orang sibuk nak stalk kau.... Yang kau block aku tapi still terhegeh-hegeh stalk pasal aku pehal? Orang tua-tua pernah cakap jangan sibuk nak tunding jari pada orang lain sebab 1 jari tunding orang 4 jari lagi tunding diri sendiri... Kalau aku jadi kau, aku malu up date status macam ni padahal aku sendiri buat macam ni... Kau dengki dengan aku, kau benci aku, kau burukkan aku dan fitnah macam-macam depan kawan dan tunang kau... Kalau kau bercerita baik tentang aku tak kan dieorang berani mengata aku...

Aku heran dengan tunang dan kawan kau, dieorang tak boleh pikir eh apa kau buat ni salah? Dieorang dah tak der kerja lain eh nak mengutuk orang? Tunang kau tu lelaki patut nya dia cerdik tak pikir nak mengutuk orang ni dia sibuk lebih-lebih... Perasan konon tunang dia retis padahal tunang dia tu yang stalker... Suami aku pun tak der menyibuk nak mengata kau dia cakap banyak benda berfaedah lagi dia nak pikir dari mengata kau... Dia pun tak nak dengar cerita pasal kau... Bukan macam tunang kau sibuk nak mengutuk orang... Hebat sangat ke tunang kau tu? Ahli Syurga eh yang sedap sangat mulut? Kawan kau tu mulia sangat ke nak mengata orang? Pakai dah sopan tudung tutup dada tapi perangai tak cerdik... Mungkin dah sifat dia sejak azali macam tu... Sama dengan kau sejak azali memang suka fitnah dan buruk kan orang... Mungkin kau dah lupa kot perangai kau yang dari 2010 dulu... Rasa nya memang kau fitnah orang pun dengan aku sekali kau burukkan...



Ayat ni memang sesuai dengan kau... Sebab perangai kau memang suka cerita buruk pasal orang... Kau jaja cerita pasal aku kat semua orang yang kau kenal... Jumpa orang tu kau cerita, jumpa orang ni kau cerita, jumpa family kau cerita, date dengan tunang cerita pasal aku... Kalau hati dah kotor memang tak kan pernah nampak baik pasal orang lah... Untuk kawan kau sekali suka sangat dengar kau bercerita buruk pasal orang dan suka sangat mengata pasal aku sebab hati dia kotor dan tak bersih... Kalau dia baik tak kan dengar kau cerita pasal aku dan tak join perli aku... Kau jaja cerita pasal aku kat tunang kau sampai tunang kau pun join kutuk aku... Kesian sama-sama bodoh patut lah ley jadi laki bini... Mesti kerja duk ngumpat sal jiran tetangga jer nanti... Hish3... Ingat kan tunang tu orang baik-baik rupanya sama akal macam kau...



Ingat tak kau pernah buat status macam ni? Mesti dah lupa kan? Errrr.... Kau dah bertaubat ker? Kalau kau bertaubat tak kan lah kau bawak perangai lama kau sampai ke hari ni... Orang bertaubat tak kan fitnah dan mengutuk orang dah... Dia akan bercakap baik-baik pasal orang... Tulah kalau nak up date status cermin diri dulu betol ke kita dah baik dan bertaubat... Rasanya kau yang anggap diri kau sempurna dan tiada dosa... Kau rasa diri kau perfect jer tak pernah fitnah dan stalk orang... Kesian kat manusia yang tak sesar diri ni... Hish3... Kalau aku jadi kau dah Allah bagi peluang kedua untuk hidup, aku tak der masa pikir pasal jantan dan fitnah orang sebab nak dapatkan jantan yang kau gila... Gunakan peluang kedua ni dengan beribadah dengan Allah, jaga hubungan dengan Allah dan berbuat baik sesama manusia... Ni still gedik macam dulu berkepit dengan jantan 24 jam, ke hulu ke hilir dengan jantan macam tak tahu dosa pahala... Perempuan baik ke macam tu? So renung-renungkan dan selamat beramal....

Dengar ni,

Pada malam aku di Isra'kan aku telah melalui kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata " Hai Jibril siapa mereka ini? " Jawab Jibril " Mereka ini adalah orang-orang yang suka MENGUMPAT dan mereka juga suka MENJAGA TEPI KAIN ORANG" - Abu Daud -

Kesian... Ada jenis manusia yang suka mencari kesalahan dan kelemahan orang tetapi kekurangan diri sendiri tidak nampak - Lautan Ilmu -

Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yang hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku - Ustaz Don Doniyal -

Jagalah kata-kata, tulisan kita dan sebagainya... Jangan sampai dapat dosa, rugi, sia-sia, buat amalan pun buta jer... Ingat senang ke nak minta maaf? - Ustaz Kazim Elias - 

Nak cari kawan, carilah yang menjaga aib walaupun dah bergaduh ataupun dah tak contact lagi... Sebaik-baik kawan adalah kawan yang simpan aib - Ustaz Kazim Elias -

Bintik hitam di muka lebih baik daripada bintik hitam di hati kerana Allah tidak memandang rupa kita tetapi Allah memandang hati kita - Ustaz Kazim Elias -

Oleh itu, jangan lah kita sibuk mencari salah dan menceritakan keburukan orang lain... Cuba nilai diri kita dahulu betol ke apa yang kita buat bukan nya bercakap sesuka hati untuk membuatkan orang lain malu... Kita bercerita kononnya orang membuka aib kita padahal kita yang membuka aib orang... Ingat yer hidup ni sementara stop cari gaduh dengan orang... Tak perlu up date status ajak kawan-kawan backup kau... Cari aku private kalau kau bukan pengecut... PENGECUT!

TALK : Orang nak kahwin sibuk pikir persiapan nak kahwin bukan sibuk nak mengata orang