Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Wednesday, April 2, 2014

SUSAH NYA MENJADI SEORANG WANITA

          Tuhan memang dekat dengan perempuan. disebabkan susahnya nak jadi perempuan inilah turunnya hadis yang berbunyi:

       "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan di bulan ramadan, menjaga kehormatan dan taat kepada perintah suaami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.

       Dan jika ditakdirkan seorang perempuan melahirkan zuriat 15 orang anak lelaki, ini bermakna kesemua syurga anak-anak itu berada di bawah telapak kaki seorang perempuan, iaitu ibu mereka. MasyaAllah... hebatnya perempuan!


         Apabila seorang perempuan jatuh cinta kepada seorang lelaki, mereka tidak pernah mengharapkan lelaki itu sempuna tetapi baginya lelaki it adalah segala-galanya dalam hatinya. andainya ada orang lain tahu kenapa perempuan itu mengalirkan air mata kerana lelaki, ini bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mecintai lelaki itu.

          Sekiranya lelaki tahu, bila seorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda, ini bukan bermnakna yang dia tidak menyanyangi lelaki itu tetapi dia terlalu sayangkan lelaki itu sehingga dia menganggap lelaki itu seperti anak kecil yang masih memerlukan perhatian.

        Andainya lelaki tahu bila perempuan itu marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya, tetapi percayalah dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

      Lihatlah pasangan yang baru bercinta, jarang bergaduh, tetapi semakin sayang mereka kepada seseorang maka semakin banyak pula mereka bertingkah. apabila perempuan mahu lelaki itu berubah, bukan bermakna dia tidak mahu menerima lelaki itu seadannya tetapi dia mahu menjadikan lelaki itu lebih baik untuk dirinya dan juga untuk masa depannya nanti.

      Andai kata dia merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. bukan dia mahu dipujuk dengan wang dan hadiah tetapi cukup dengan perhatian sahaja. kekadang  dia menjadi degil tetapi bukan bermaksud degil.. dia hanya ingin melihat sejauh mana korang tahan dengan perangainya.

       Siapa kata menjadi perempuan itu senang? hati mereka cepat tersentuh, terlalu lembut dan sensitif. apabila dia berkata: "tolong tinggalkan aku!.. ini bereti dia mahu menenangkan fikirannya dengan bersendirian.. berikan dia masa untuk bersendiri, nescaya apabila fikirannya sudah tenang, dia akan pulih kepada sedia kala dan mendapatkan sesuatu kekuatan yang bar. mereka sukar untuk mengawal perasaan. kadang-kadang terlalu emosional. percayalah yang hati mereka ini sebenarnya lembut...

         Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tetapi sebenarnya mereka memepunyai kekuatan yang luar bisa yang dikatakan boleh menggoncang dunia.. cewahhh.. korang ada? tade kan..hehe.. mereka juga boleh membuatkan seorang lelaki itu menjadi lemah dan gila terhadap mereka.. oleh itu, saya sarankan kaum lelaki haruslah berhati-hati degan kaum wanita..

        Sememangnya Allah menciptakan perempaun dan lelaki itu zahirnya berbeza. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan melengkapi  di antara satu dengan yang lain, insyaallah. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Disebalik air matanya tersimpan seribu satu kekauatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu selamat dan selesa bersamanya.

      Jadi, hargailah kehadiran seorang wanita dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan semata-mata bahkan juga memiliki kelebihan dan kekuatan untuk menyokong dan membuatkan hidup Anda lebih sempurna.

 "Ingatlah, disebalik kejayaan seorang lelaki itu ada seorang perempuan dibelakangnya."
dialah yang menjadikan hidup kita lengkap, selain menjadi isteri dia jugalah ibu yang terbaik untuk mendidik anak-anak korang kelak.. mereka juga menjadikan rumahtangga terurus dan terjaga. mudah-mudahan dengan kehadirannya dapat menghidupkan kemantapan keluarga bahgia, insyaAllah.