Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Sunday, April 6, 2014

AKU ISTERINYA

Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan sebuah mahligai indah yang dibina bersama sang suami kekal ke akhir hayat... Tiada wanita yang inginkan perkahwinan nya gagal ditengah jalan disebabkan orang ketiga atau masalah dalaman... Setiap wanita pasti ingin dicintai dan disayangi meskipun suatu ketika dulu dia pernah dikecewakan dan ditinggalkan.... Tiada wanita yang pinta hidup derita...

Setiap wanita yang menjadi isteri juga mengimpikan dan mengharapkan cepat-cepat menjadi seorang ibu untuk memberi sang suaminya zuriat... Kalau boleh mereka ingin mendapat gelaran bunting pelamin.... Tiada perkara yang lebih menggembirakan buat suami isteri melainkan berita bakal menjadi ibu dan bapa.... Kebahagiaan sesebuah rumahtangga bukan bergantung pada mewah nya majlis perkahwinan mereka atau popular nya mereka di laman sosial tetapi cukup lah 2 hati mencintai dan percaya antara 1 sama lain...

Setiap wanita mendambakan seorang lelaki yang tulus mencintainya tanpa ada wanita lain di dalam hidup lelaki itu... Tiada waktu lebih bermakna bagi wanita selain dari dilamar oleh lelaki untuk dijadikan isteri meskipun dia pernah mempunyai masa silam dulu....

BUAT SUAMI KU,

Saya tak pandai bermadah dan berkata-kata manis tapi saya nak awak tahu saya bahagia menjadi isteri awak meskipun saya belom sempurna.... Awak sendiri tahu betapa susah nya saya nak menerima awak dahulu kerana saya terlalu takut untuk jatuh cinta lagi... Tapi awak tak pernah berputus asa dalam memikat hati saya meskipun awak terpaksa menunggu 3 tahun dalam memiliki hati saya... Awak tak pernah jemu mendekati saya walaupun saya tak pernah layan awak dulu... 

Terima kasih sebab sudi menerima segala kekurangan dan keburukan saya walaupun terlalu banyak wanita yang lebih sempurna di luar sana.... Awak juga tahu saya tak memiliki apa-apa keistimewaan berbanding wanita lain tetapi awak selalu cakap saya yang paling terbaik dan paling memikat hati awak... Mungkin perkenalan kita teramat singkat tapi insya Allah, atas izin-Nya perkahwinan ini kekal hingga ke akhir nya...

Saya bersyukur kerana memiliki awak sebagai imam saya dan untuk anak-anak kita kelak.... Semoga cinta yang baru bersemi ini kekal hingga ke Jannah... Saya tahu saya bukan perempuan yang manja dan lembut sehingga kadang-kadang awak penat melayan karenah saya tapi saya nak awak tahu dalam hati saya hanya saya cinta awak seorang... 

Terima kasih untuk segalanya duhai suami ku :-)

TALK : Bulai Mei hampir tiba, masih blur dalam plan nak surprise birthday En. Hubby