Manusia suka membandingkan perempuan melalui pakaian, percakapan dan perangai.... Kadang-kadang cara mereka menilai someone memang salah dan tak kena.... Jangan lah menghukum seseorang melalui pemakaian dan gerak tubuh... Kenali perangainya betol-betol dan jangan mudah jatuh cinta dengan perempuan yang hanya berpura-pura....
Manusia bila tengok perempuan ni pakai sopan (jenis tudung labuh,tertutup dada dan baju agak labuh), pakai baju kurung, ayu dan lembut mesti bajet baik sangat.... Memang bertuah dapat memiliki perempuan begini.... Bila tengok perempuan yang pakai biasa jer (jenis tudung up to date,baju biasa), pakai seluar, jenis agak kasar dan percakapan tak lembut mesti nampak jahat sangat...
Ada jer perempuan yang konon lembut dan baik jenis kaki keluar dengan lelaki.... Mane jer tempat boyfriend nak g,mesti si girlfriend ni ikut.... Pakai boleh dikira sopan lah dengan berbaju kurung dan tudung agak tertutup lah ckit.... Pemakaian memang dah bagus tapi perangai tak berape nak 'comey'... Mungkin orang tak nampak jahat disebabkan pakai 'jurus'... Rasa nya tak perlu lah keluar dengan boyfriend setiap detik dan duk up date dalam fb, instagram dan twitter korang keluar dengan boyfriend... Mungkin sesetengah perempuan bangga ley up date tapi sebagai orang Islam patutnya korang berasa malu sampai ke tengah malam pun duk berkepit dengan boyfriend... Boyfriend keluar lepak dengan kawan pun ikut, lepak umah boyfriend, boyfriend g tengok bola pun gedik nak ikut... Orang respect cara korang berpakaian tapi perangai korang akan buat orang pandang serong...
Bila perempuan yang pakai agak tak 'jurus' dan kasar mula lah nak pikir jenis jahat,jenis suka keluar dengan lelaki.... STOP berfikiran negatif dengan perempuan yang tak lembut ni... Aku ni bukan lah dikira perempuan yang agak baik sebab cara aku pun agak kasar + pemakaian pun xmenggambarkan muslimah sejati.... Alhamdulillah setakat aku hidup bercouple dulu tak der lah pulak aku tergedik-gedik ikut boyfriend g mana-mana jer... Aku pun tak pernah keluar malam dengan boyfriend, keluar siang hari pun paling lama 3 jam... Nak ikut boyfriend g tengok bola memang mati hidup semula pun aku tak g.... Ni pun husband aku ajak tengok bola aku siap tolak memang aku tak suka g tempat sesak cam2... Sebab aku ni jenis suka berfikir baik ke buruk kalau aku asyik berkepit dengan boyfriend jer... Kalau dieorang buat isteri takpe gak tapi kalau tinggal tak ke malu mak ayah... Walaupun aku ni bukan jenis perempuan baik suka pakai baju kurung dan aku juga pakai make up tapi bab-bab pergaulan ni memang aku betol-betol jaga sebab aku tak nak dipandang serong oleh masyarakat....
Untuk perempuan diluar sana, aku nak cakap sayang boleh pada boyfriend tapi bataskan lah jangan semua tempat boyfriend g korang nak ikut.... Kalau boyfriend korang betol sayangkan korang, dia akan terima korang seadanya... Tak perlu korang ambil hati dieorang sampai macam ni.... 1 lagi, tak payah lah korang letak gambar dalam laman sosial ni, buat memalukan diri jer... Jaga aib keluarga sebab orang sekeliling dah pandang serong pada kita...
Insya Allah, suatu hari nanti aku pun akan berubah cara pemakaian aku ke arah yang lebih baik tapi sebelum tu aku nak ubah perangai dulu.... Aku dah tak nak jadi macam dulu sebab aku dah ada azam baru untuk tahun ini.... Segala silap dan salah aku yang dulu, harap semua dapat memaafkan aku.... Aku dah tak nak bermusuh dengan sesiapa dan aku bersyukur dengan sesiapa saja yang stalk pasal aku dan ambil tahu pasal aku sebab itu tandanya dieorang sayang kat aku.... Aku tahu terlalu ramai yang nak tahu dengan life aku, ramai yang tersenyum saat aku mendirikan rumahtangga tapi aku tak kisah sebab ini dah takdir hidup aku.... Aku sedar dalam fb aku terlalu ramai stalker yang nak tahu dengan siapa aku berkawan, bila aku nak kahwin dan apa perasaan aku sekarang... Aku berterima kasih pada mereka sebab sudi menjenguk fb aku yang tak seberapa... Aku bukan mencari yang kaya harta tapi kaya dengan ilmu agama.... Semoga dia imamku dan mampu membimbing ku ke jalan yang benar...
Aku tahu aku tak sempurna, aku juga tak bijak, aku juga tak cantik tapi aku jua manusia yang punya hati dan perasaan yang bukan untuk dipijak dan dipermainkan oleh sesiapa.... Aku tak minta untuk dibenci dan didendami tapi aku tak tahu bagaimana untuk menebus segala dosa aku yang lalu.... Hanya Allah saja yang mampu menolong aku... Aku sudah punya seseorang yang akan menyayangi dan menyintai aku sehingga ke Jannah... Terima kasih Ya Allah kerana membuat aku tersenyum di akhir tahun 2013... Tahun di mana aku berazam untuk menjadi seorang Hawa kepada seorang Adam....
P/S : Aku ada 1 impian besar dan aku harap Allah tunaikan impian aku itu.... Jika impian itu tak tercapai di dunia, aku harap akan tercapai di Akhirat.... Aku akan tetap menunggu...
Ramadhan
12 years ago