Hari ni aku nak bercerita tentang perempuan... Orang cakap perempuan ni ibarat permata yang perlu dijaga rapi dan dibelai bagai burung emas di dalam sangkar... Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik... Orang tua ade cakap nak jaga anak perempuan lagi susah dari jaga lembu sekandang, begitulah bernilainya insan bernama wanita... Wanita itu perhiasan dunia, tanpa wanita gelap lah dunia ni... Perempuan kalau jenis baik dan beragama memang orang puji dan kagum tapi kalau jenis seksi memang akan dikutuk dan di hina...
Kadang-kadang aku tak faham dengan perempuan zaman sekarang sebab mereka dah tak ade rasa malu, bah kan dengan bangga dan selamba nya up load aib sendiri di fb, instagram, twitter dan we chat... Biaselah bila terlalu canggih dunia ni, maka canggih lah pemikiran mereka... Perempuan merasa sangat bangga dapat up load gambar yang seksi, menggoda dan hot di fb dan instagram... Lelaki yang miang pun puji "cantiknya awak ni", "geramnya tengok awak" "ohh sexy lady" "untung kalau dapat wak isteri ni" Perempuan tu pun bangga lah bila dipuji sedemikian... Orang yang likes gambar 100 lebih, mesti lah perempuan rasa diri mereka cantik dan hebat...Sebenarnya ayat lelaki tu bukan serius pun sekadar suka-suka, nak hilangkan boring... Mane ade lelaki yang nak jadikan isteri perempuan seksi ni sebab bila dah kahwin, dosa perempuan tu dia yang kena tanggung... Nak didik kelak susah sebab dah terbiasa dengan hidup sosial... Tetapi, ade jer lelaki yang nak kahwin dengan perempuan seksi tapi perangai 2X5 jelah mereka tu...
Orang cakap "eleh perempuan bertudung pun bukan jenis baik, ade je yang jenis gedik dan suka memburukkan orang lain, baik aku juga pakai seksi tapi tahu batas-batas pergaulan" Tapi realitinya memang camtu, aku tengok perempuan bertudung pun tak nak kalah, dengan bangga up load dalam fb dan instagram gambar berpeluk dengan boyfriend, date dengan boyfriend sampai tengah malam, berkepit dengan boyfriend, ikut lepak dengan boyfriend,ikut boyfriend dan kawan-kawan konvoi sana sini dan boyfriend nak tengok bola pun sibuk nk mengikut... Secara tak langsung, mereka mengaibkan diri sendiri dengan up load semua tu... Mungkin dieorang tak sedar yang cara mereka membuatkan orang hilang hormat pada mereka....
Cara berpakaian memang dah sopan, dengan berbaju kurung, tudung pun tutup dada tapi perangai buat orang sekeliling hilang rasa hormat.... Perempuan macam ni boleh diklasifikan gedik... Aku paling menyampah tengok perempuan gedik sebab dieorang ni macam xtahu langsung batas pergaulan... Macam mana perempuan free hair nak bertudung kalau contoh di depan mata lagi teruk dari mereka... Sorry to say, bagi aku perempuan camtu memang layak dipanggil perempuan murah... Pakai sopan dan tertutup tapi kalau jenis nak ikut jantan 24 jam memang perempuan murah...
Pelajaran tinggi dan pekerjaan hebat tak perlu dibanggakan tapi akhlak yang penting... Hantaran kahwin sibuk nak ikut pelajaran tapi dari segi agama 0.... Kalau nak hantaran RM10,000 ke atas boleh tapi perempuan tu tak suka couple dan bukan jenis suka keluar malam.... Kalau nak hantaran RM15,000 @ RM20,000 diri mesti kena tip top.... Bukan tip top pelajaran sampai degree/master pekerjaan doktor/pensyarah/ lawyer/arkitek tetapi agama yang hebat, baca Al-Quran lancar, tak pernah keluar dengan lelaki dan tak keluar malam.... Untuk orang camni bagi hantaran RM30,000 pun aku tabik springggg.... Aku suka tengok perempuan yang cantik tapi kecantikkan nya tertutup dan akhlak nya terpuji... Sebab tu aku suka sangat tengok perempuan berpurdah even belom tentu lagi berpurdah itu baik...
Aku bersyukur zaman single aku dah berakhir dan orang tak perlu mengutuk aku keluar dengan suami sampai lewat malam, berkepit 24 jam sebab dia dah menjadi kekasih halal aku dunia dan Akhirat... Bukan lah niat nak puji diri sendiri baik tapi alhamdulillah aku masih mampu menjaga diri aku sebagai perempuan tanpa keluar malam dengan lelaki, ikut boyfriend ke hulu hilir... Dulu aku pernah bercinta tapi cinta aku bukan untuk berkepit dengan lelaki dan ikut boyfriend ke hulu hilir... Sebab tu orang tak pernah mengutuk aku gatal ke gedik ke sebab mereka kenal aku dan tahu aku jenis macam mana... Aku bercinta dulu tak macam bercinta dan membuatkan lelaki bosan dengan aku sebab nak buat benda tu benda ni tak boleh, nak keluar lama-lama pun tak boleh, keluar malam pun tak boleh.... Sebab tu couple tak lama sebab dieorang cakap aku kolot...
Dengan suami dulu pun aku minta bercinta selepas berkahwin... Aku cakap kat dia kalau betol-betol suka aku, kahwin dengan aku dan kita bercinta selepas sah menjadi suami isteri... Aku dah tak nak kena tinggal, tak nak terluka dan dipermainkan lagi, cukuplah cinta dulu mengajar aku erti sakit yang teramat sangat... Sebab tu bila aku kenal lelaki, aku akan minta Allah bagi petunjuk adakah benar dia jodoh aku dan bila lelaki tu bukan jodoh aku, dia akan pergi tanpa ucap sebarang kata... Akhirnya aku telah temui cinta sejati yang tak perlukan perkenalan 8 @ 10 tahun, percintaan 4 @ 5 tahun tetapi cukuplah 2 bulan mengenali hati budi dan bertunang, kenal 4 bulan berkahwin.... Walaupun perkahwinan tak semewah yang dirancang kerana dalam masa singkat tetapi segalanya berjalan dengan lancar... Setiap gadis pasti ade keinginan untuk hari bahagia nya... Memang segalanya agak kelam kabut sebab persiapan dalam 2 bulan tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... Aku tak kisah lelaki-lelaki dulu nak cakap aku kuno atau kampung tapi jangan cakap aku perempuan murahan... Aku kuno dulu, kolot dulu adalah sebab aku nak merasai indahnya percintaan lepas kahwin sebab sebelum kahwin tak pernah keluar malam, tak pernah berkepit dengan kekasih dan 24 jam nak date...
Terima kasih En. Husband sebab sanggup tunggu diri ni terlalu lama sebelum menerima cinta awak... Actually dah 3 tahun En. Husband duk usya dan ngorat dulu tapi tak pernah layan... Dia tak pernah mengalah dan akhirnya aku tergerak hati untuk reply chat dia dekat fb... Aku pilih dia kerana aku tahu dia mampu menjadi imam di dalam rumahtangga kami nanti... Semoga kamu di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah... Aminnn, insya Allah....
P/S : Rindu En. Husband, balik Jerteh jumpa husband hari ini... Suami, mu tunggu aku datang