Hello blogger, dah lama rasa nya tak up date blog.... Lepas kahwin hidup makin busy dengan kerja lagi yg sentiasa stress.... Hari ni cuti sempena Keputeraan Sultan Muhammad V jadi boleh lah rehat sikit dar masalah kerja... Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips tentang hubungan jarak jauh antara pasangan suami isteri.... Isteri di timur manakala suami di barat...
Tips ni pun untuk diri saya sendiri memandangkan kami pun berpisah jauh walaupun dah kahwin.... Berjauhan kerana bekerja.... Tunggu jelah xlama dah pastu dah ikut suami duk KL... Tipu lah kalau cakap tak kisah bila duk jauh dengan suami walaupun text n call setiap hari... Masa bertunang dulu boleh jer duk jauh, selamba jer cakap tak kisah boleh jer duk jauh... Pas kahwin, nah hambek kau hari-hari menangis tak berlagu tengok-tengok husband tak der...
Ade orang cakap bila duk jauh cam ni, sia-sia dapat dosa kering sebab kahwin tapi tak duk sekali... Isteri tak der tanggungjawab pada suami sebab tugas isteri berada di sisi suami menjaga makan pakai suami.... Salah betol tafsiran manusia ni... Orang kahwin untuk mengelakkan berlakunya maksiat... Lebih baik kahwin dari berkepit ke hulu ke hilir tak ade ikatan lagi.... Korang setuju tak dengan saya??? Di sini saya kongsi kan beberapa tips agar kita sama-sama memperbaiki mana yg salah dan yg perlu kita amal kan :-)
TIPS 1: SENTIASA BERHUBUNGAN
-Pastikan korang sentiasa berhubung dengan pasangan SETIAP HARI. Jangan miss satu hari pun. Kalau sebelum kahwin pun korang tak pernah miss kan, apatah lagi lepas kahwin:D. jangan kedekut melabur duit pada henpon korang untuk telefon pasangan korang. Paling cikai kekerapan tu pun at least setiap pagi korang wish good morning dan setiap malam sebelum masuk tidur korang wish good night.
TIPS 2: LUANGKAN MASA BERTEMU
-Dalam seminggu tu at least sehari cuba curi2 masa untuk jumpa pasangan korang. Dalam sebulan tu cuba curi -curi sehari atau 2 hari untuk bertemu pasangan. YA! kadang kala faktor kerja jarak menjadi punca permasalah pertama untuk berjumpa, tapi untuk orang yang korang sayang apa salahnya korang berkorban masa dan duit untuk jumpa pasangan korang. Paling minimum, jikakorang rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali. Beri peluang untuk korang dan pasangan melepaskan rindu.:)
TIPS 3: JUJUR
-Bersikap jujur dengan pasangan korang. Sekali korang berbohong, seribu kali anda teringin nak buat lagi. Jangan jadi kan faktor jauh bersama pasangan sebagai alasan untuk berbohong. pasangan tak tahu, tapi tuhan tahu. kan kan? bersikap jujur walaupun ianya pahit. Ingat, Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan korang. Jika korang buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan korang kan tahu juga akhirnya.
TIPS 4: VIDO CALL/ 3G
korang boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing ataupun perkhidmatan 3G. sekarang ni dah ramai dah menggunakan aplikasi android seperti whatsup,liner,viber jadi gunakan aplikasi berikut untuk membuat video call pada pasangan. Tak dapat bertemu di depan mata asalkan lihat mereka di dalam screen handphone pun cukup untuk mengubati rindu korang pada pasangan.
TIPS 4: BUAT KEJUTAN
Sekali-sekala apa kata korang pulang ke rumah pasangan tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Pilih muzik jazz yang romantik dan sediakan menu kegemarannya untuk korang berdua menikmati temujanji yang lebih intim dan privasi. Kejutan seperti ini boleh mengubat rasa rindu dan menguatkan rasa sayang.
TIPS 5: PERCAYA
Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah PERCAYA kepada pasangan korang. Percayakan pada ikatan perkahwinan yang telah korang sendiri bina. Perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya dan rasa kasih sayang yang tidak bertepi terhadap pasangan korang Jika korang mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan korang turut akan mempercayai korang jua.
P / S : I miss you dear hubby... Can't wait to meet you :'(