Alhamdulillah 17 Oktober 2013 detik bersejarah dalam hidup aku.... Detik yg sangat dinantikan oleh setiap gadis apabila diri telah dilamar oleh lelaki dalam ijab dan qabul... Dengan sekali lafaz aku telah menjadi isteri dia yg sah...
Majlis di kedua-dua belah pihak telah pun selesai, letih pun masih tak hilang + esok dah start kerja... Tak pelah tugas perlu didahulukan.... Alhamdulillah perkahwinan kami telah direstui oleh kedua-dua belah pihak dan rahmat Allah tak putus-putus untuk kami....
ORang tua-tua penah cakap bercinta lepas kahwin lagi indah.... Semoga percintaan kami selepas kahwin ini lebih indah dari pasangan yg kapel sebelum kahwin.... Semoga perkahwinan yg dibina atas das ini kekal untuk selamanya....
Rupa paras tak menjadi ukuran tetapi tanggungjawab dan pegangan agama yg ade padanya yg membuatkan aku memilih dia sebagai imam ku.... Sekarang dia imam ku dan aku makmum nya.... Aku tak perlukan kekayaan untuk dibanggakan, aku tak perlukan rupa yg handsome untuk menunjuk-nunjuk, aku tak perlukan yg biaksana untuk di war-warkan pada semua cukup lah seorang lelaki biase yg mampu untuk melindungi aku sebagai isteri, yg boleh mengazankan zuriat aku dan yg mampu menjadikan aku isteri solehah....
P/S : Bercinta lepas kahwin lagi indah :-)
Ramadhan
12 years ago