Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Friday, December 7, 2012

PERKAHWINAN

Cinta itu suatu keindahan
Bahagian suatu anugerah
Menangis suatu keinsafan
Terluka suatu keajaiban

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW. Sesungguhnya selamat cucu Adam dan Hawa ini dari godaan Syaitan Laknatullah, dengan mendirikan masjid maka meraunglah Syaitan binasa kerana gagl menyesatkan cucu Adam dan Hawa dari melakukan maksiat sebelum nikah.

Pernikahan
Menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita
Menjadi solehah

Pernikahan
Mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya
Isteri adalah murid,kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil,kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu,kamu reguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun,kamulah penawar bisanya
Sesungguhnya wanita daripada rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya

Pernikahan
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha

Kamu bukanlah Rasulullah SAW
Pun bukanlah Sayidina Ali Karamaullahhuwajah
Cuma suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi soleh.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” ~  (QS. Ar-Ruum:21)