Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Sunday, December 9, 2012

INDAH NYA UJIAN ALLAH

Allah Taala mendidik hambaNya dengan menurunkan pelbagai ujian. Ujian sebagai “tester” sejauhmanakah penilaian dan pemahaman hamba dalam soal pergantungan dan pengharapan. Alhamdulillah, ku bersyukur pada Allah biar ujian itu pahit tetapi yang lebih memahat di dalam jiwa, apabila Allah Taala serta dengan tiba-tiba menggantikannya dengan perkara yang lebih baik. Terkadang kita hamba disaat lemah, banyak percubaan yang mengundang, tertewas juga kadangnya.

Setiap perkara yg berlaku di dalam kehidupan kita adalah ujian dari-Nya utk melihat kita merintih dan merayu hanya kepada Dia utk meminta apa saja pertolongan...Mungkin aku tidak kuat utk tanggung semua ini tapi hanya kepada Dia aku pohon kekuatan....Aku yakin semua yg terjadi ini adalah ujian dari-Nya kerana Dia sayang pada hamba-hambaNya...Aku tidak akan mengeluh @ kecewa dgn ujian Allah tapi aku bersyukur kerana aku dipilih utk diuji...


Aku tahu bukan senang utk lalui semua ini tapi aku sebagai anak sulung harus bertindak utk menguatkan kami sekeluarga...Mungkin luaran aku lemah tapi dalaman aku kuat.....Aku kuat hari ini kerana Allah...Mugkin hari ini Allah datangkan pada kami kilat dan petir tapi di kemudian hari Allah hadirkan pelangi yg indah....Aku terima semua ini sebagai ujian dan tak kan pernah bertanya mengapa sebegini berat ujian yg kami terima....


Aku yakin aku mampu utk tanggung semua ini kerana aku sudah kuat n percaya suatu hari nanti aku mampu utk mengembalikan kebahagiaan di wajah parents aku....Aku hanya ini melihat senyuman di wajah mereka...Hanya allah Maha Penentu segala...



Bak sajak Hilal Asyraf :
Kadang susah biar kita bijak bersyukur,
kerana manusia itu sering melupai,
kadang sakit biar kita beringat,
kerana manusia itu sering meninggi diri,
kadang dosa itu biar kita sedar,
kerana manusia itu sering bongkak dalam kalbunya nanti.
Cabaran itu juga daripada Tuhan,
tidakkah kita memerhatikannya dengan mata hati?
{Cabaran dan halangan itu dari Allah, menghias untuk kamu menjadi tinggi, mulia disisi Dia}


TALK : Ya Allah berikan lah aku kekuatan agar aku dapat menyalurkan kekuatan ini pada keluarga aku....Hanya pada-Mu tempat kami berserah....Beri aku ketabahan utk harungi semua ini :-)