Hello 26 November 2015!!!
Kita semakin hampir ke penghujung tahun 2015, tak lama lagi akan masuk tahun baru & umur pun makin meningkat.... Tak sangka diri ini makin tua dan hampir masuk ke umur 30 series.... Alhamdulillah setelah berumur 27 tahun kehidupan aku sebagai wanita telah lengkap dengan kehadiran suami & anak yang terlalu aku sayangi.... Dia nyawa ku, dia Syurga ku....
Hari ini aku nak bercakap pasal perempuan.... Yes, perempuan sekarang tak sama macam perempuan zaman dahulu.... Betol orang cakap menjaga anak perempuan lagi susah dari jaga lembu sekandang kerana sekali tersilap langkah ke hujung nyawa menyesal tak berguna.... Dengan teknologi semakin maju & canggih semakin ramai perempuan yang tersilap langkah dek kerana terlalu ghairah dengan keindahan dunia yang sementara ini....
Perempuan yang baik bukan lah yang bergelar ustazah atau berpakaian menutup aurat tetapi yang tahu menjaga percakapan dan pergaulan.... Perempuan zaman sekarang bangga dapat ke hulu ke hilir dengan bf sedangkan dah layak untuk kahwin kerana dah mempunyai kerja yang bagus.... Dengan selamba up load semua tu dalam media sosial supaya orang puji sweet, comey, sepadan padahal orang lain tengok gedik dan menyampah....
Perempuan dan gedik memang tak boleh dipisahkan tak kira lah sebaik mana, sejurus mana, sesopan mana, seayu mana bila ada bf.... Pakaian dah sopan menutup dada, baju labuh, berbaju kurung tapi setiap hari @ setiap malam berkepit dengan bf.... Ke mana saja pergi berdua dan semua di up load untuk berkongsi dengan 1 dunia....
Bukan awak sorang ada bf orang lain pun ada tapi tak payah nak interframe sangat bf awak cuba lah tunjuk sikap yang baik kepada adik-adik awak yang masih bersekolah dan belajar....
Susah bila manusia menilai kebaikan dan kesopanan seseorang perempuan dari segi pakaian bukan dari segi percakapan dan pergaulan.... Bila perempuan tu bertudung labuh @ berpakaian sopan terus dilabel baik dan tiada dosa walaupun mulut suka mengkritik orang, menghina orang dan bercerita buruk pasal orang tapi bila perempuan tu pakai seluar jeans @ tak menutup aurat sangat di kutuk dan dikata gedik sedangkan dia tak kisah pasal orang lain.... Tolong jangan menilai seseorang dari segi pakaian.... Buat apa pakai menutup aurat tapi duk bergedik dengan bf, ke hulu ke hilir malam-malam, bertenggek rumah jantan baik pakai seksi terus.... Pakaian tak boleh dinilai perempuan tu baik ke jahat....
Jom kita sama-sama perbaiki diri, jangan hanya tahu mencari salah orang dan mengutuk segala perbuatan dia kerana kita belom tentu lagi sempurna 100%.... Kita cuma manusia biasa tak kan pernah lari dari membuat silap dan dosa, jangan pandang diri kita seperti Malaikat sehingga hanya mencari salah dan keburukan orang tapi keburukan sendiri tutup ketat.... Cuba cermin kesilapan kita dahulu baru tegur orang lain....
TALK : Welcome December 2015
Ramadhan
12 years ago