Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Thursday, October 29, 2015

ANAK KEUTAMAAN KU


Lama sungguh tak menjenguk blog ni semenjak ada baby, terlalu busy dengan baby 24 jam berkepit.... Lain macam betol perasaan menjadi Mama ni, bahagia teramat sangat tak dapat diungkap dengan kata-kata.... Hanya yang pernah menjadi ibu, mama, mommy, umie, mak sahaja yang tahu betapa lengkap dan bahagia nya menjadi seorang isteri & Mama....

Alhamdulillah diberi peluang untuk menjaga anak sendiri 24 jam depan mata.... Tak perlu risau fikir cm ner keadaan anak dijaga orang lain konfem stress aku nak buat kerja fikir anak selamat ke tidak orang lain jaga.... Sambil jaga anak sambil bekerja.... Jaga anak pun income tetap masuk, rezeki dari Allah.... Tak putus-putus Allah beri aku rezeki untuk memberi kemewahan & kelengkapan yang sempurna untuk anak kesayangan ku....

Sape kata jadi ibu sepenuh masa ni tak penat, penat sangat-sangat.... Dari pagi sampai 11 malam duk berkepit, berdukung, bermanja & bermain dengan anak... Pukul 11 malam dah boleh rest & get ready untuk anak bangun menyusu 1 jam sekali.... Orang tak ada anak senang cakap alaa bukan penat pun jaga anak, duk rumah goyang kaki jer.... Nak tahu penat ke tak cuba jaga baby dari pagi sampai malam.... Aku ada sorang je anak rasa penat yang amat macam mana lah yang kembar 2 & kembar 3 memang aku tabik spring pada ibu tu mampu jaga anak kembar :-)

Bila 24 jam bersama konfem anak aku ni jadi manja teramat sangat... Tido pun nak kena teman, bila tido nak suruh aku duk sebelah sampai dia bangun.... Bila aku turun je dari katil, 5 minit kemudian mata dia & suaranya pun terbuka sama.... Dia memang tak boleh berpisah lasum dengan aku.... Kadang-kadang aku ada terfikir cam ner lah kalau kami berpisah 1 hari agak-agak dia boleh ke tido & duk seharian tanpa tengok muka aku.... Nak tido jer mesti cari muka aku....

Kadang-kadang bila Encik Hubby balik aku minta lah dia tolong mandikan & pakai kan baju untuk baby tapi baby aku ni dah pandai memilih tak nak Papa dia mandi & pakai kan baju, dia buat muka simpati minta aku yang buat semua tu.... Semua benda dia nak dengan aku jer maklum lah dah selesa dengan aku sejak dari lepas habis pantang.... Hehehe... Masa dalam pantang mak aku yang uruskan pasal baby, aku cuma menyusu jer.... Tido pun dia tido dengan Mak @ Adik aku.... Sebab tu sekarang tak nak berpisah lasum dengan aku takut aku tinggal dia macam dalam pantang dulu....

Dulu takut jugak nak buat semua kat baby sebab dia kecil sangat masa lahir.... Sampaikan basuh popoo & tukar pampers pun Mak @ Adik aku yang buat.... Angkat dia pun tak berani.... Aku belajar semua pasal baby lepas habis pantang.... Seronok sangat bila anak aku lagi rapat dengan aku berbanding Papa dia.... Itu lah perasaan yang paling best menjadi seorang Mama.... Bermaksud kita sangat penting untuk baby kita.... Walaupun mereka masih baby tapi mereka tahu kalau kita buat jahat @ berkasar dengan dia..... Automatik dia akan takut & menangis duk dengan kita....

Part paling best pasal baby kesayangan aku ni adalah dia paling suka senyum.... Yes senyuman dia murah sangat.... Macam mana lah aku tak jadi gila bayang kalau dia asyik senyum jer.... Senyuman dia buat aku jatuh cinta hari-hari dengan dia.... Alhamdulillah semakin hari dia semakin bijak & dia faham apa yang kita cakap.... Aku dah tak boleh berenggang lasum dengan dia....

Aku paling pantang bila orang suka mengkritik & menegur dalam hal aku menjaga anak aku.... Apa aku buat semua salah sedangkan aku yang jaga anak aku dari lahir sampai sekarang.... Tak perlu lebih-lebih kritik anak aku sebab aku yang akan mendidik & membesarkan dia nanti.... Aku tahu cara untuk mendidik anak aku.... Aku tahu kelebihan & kekurangan anak aku jadi tak perlu susah payah nak tegur @ cakap pape pun.... Plezzz mulut-mulut tempayan tolong diam...

DUHAI PUTERA KESAYANGAN KU,

Mama sayang sangat-sangat kat Adik.... Mama sayang Adik lebih dari nyawa Mama sendiri.... Terima kasih Adik sebab hadir dalam hidup Mama & menceriakan hari-hari Mama.... Suatu ketika dulu Mama takut sangat sebab Adik lahir kecil & Mama takut Adik tak kuat tapi sebenarnya anak Mama kuat sangat-sangat sebab sentiasa menyenangkan Mama membesarkan Adik... Adik tak der ragam, sungguh senang jaga Adik.... Semua orang puji senang nak jaga Adik sebab Adik senyap & tak der peel macam sesetengah budak.... Adik jugak senang untuk tido tak perlu buai, duk atas dukung Mama pun Adik boleh tido sebab tu Mama tak nak ajar Adik tido dalam buai.... Adik kebahagiaan & keceriaan Mama.... Mama jaga Adik dari Adik lahir sampai sekarang jadi Mama tahu kelebihan & kekurangan Adik.... Mama tak kisah orang nak kondem apa pasal Adik sebab orang cuma tahu mengkritik tapi tak reti jaga.... Susah bila manusia suka mengkritik orang lain & menegur segala orang buat salah....

TALK : You're my sunshine