Lama betol ku meninggalkan blog ni dan lepas ni makin jarang lah aku mengup date blog ni dengan kehadiran si comel yang menceriakan hidup dan rumah ku ni....
Hari ni baby dah 49 hari lahir ke dunia, kejap je mengandung 9 bulan tup-tup sekarang awak dah ada depan mata dan dalam dukung.... Aku pun dah habis pantang dan sekarang masa untuk keluar jalan-jalan tapi without baby sebab baby masih kecil..... Pantang makan dan ais masih berjalan sehingga ke 100 hari....
Dah habis pantang ni baru sempat nak up date blog tambah-tambah badan pun dah segar sekarang, jalan pun makin laju ni.... Hehe.... Patut nya baby keluar 28/04/2015 tapi kuasa Allah S.W.T. tak ada siapa mampu menghalang si jantung hati keluar tepat pada jam 6.22 pm 01/04/2015..... Baby nak keluar awal sangat tak sabar nak jumpa Mama dia.... Huhu....
Terkejut tak terkata saat pergi klinik doc mengatakan yang aku kena pergi hospital sebab ada masalah, pergi hospital terus kena pegang.... Hilang habis selera makan even masa tu membuak-buak keinginan untuk makan Secret Recipe....
Terima kasih pada Mak,Abah, suami & adik-adik yang tak putus-putus memberikan semangat masa nak bersalin dan tahu keresahan hati ni yang takut dan tak ready.... Mak lah orang yang paling dekat dan kuat semangat dan tak putus datang setiap hari tengok anak tersayang ni.... Mak yang tolong mandikan, jaga, suap makan dan peneman yang setia sepanjang aku berada di hospital.... Mak mana yang sanggup tengok anak nya sakit dan menangis bila dapat berita mengejutkan tu....
Encik suami setia berada di hospital 4 hari berturut-turut dan sanggup tido di surau hospital semata-mata tak nak aku berasa sedih dan terpinggir even suami tak boleh teman isteri dalam wad.... Setiap malam Encik Suami datang jenguk dan bagi kata-kata semangat nak suruh aku kuat.... Aku terpisah dengan baby dan baby duduk wad lain, sebak sangat-sangat tengok baby tido tanpa dakapan ibunya.... Muka pun sedih jer....
Bila aku dah selamat bersalin 1 sahaja soalan aku tanya pada doc " anak saya macam mana".... Doc cakap anak sihat dan selamat, terus aku pengsan.... Allah je tahu betapa lega dapat tahu baby sihat, cuma baby kecik tak cukup minggu lahir 1.95 kg tapi sekarang dah naik 2.9 kg.... Alhamdulillah baby makin membesar dan kuat menyusu dan paling bagus suka berjaga malam masa pantang dulu.... Mama tak tido sebab awak nak menyusu jer, dari kul 12 malam sampai 5 pagi awak tak tido..... Sekarang awak dah cerdik, dah tido malam bangun untuk minum susu jer....
Baru aku tahu perasaan excited menjadi seorang ibu.... Bila keluar rumah tanpa baby rasa hidup tak lengkap even keluar beli barang kat baby jer.... Duhai anak, kau lah pelengkap hidup Mama, Mama happy dapat kamu sayang :-) Encik Suami pun dah tak sabar nak balik jumpa baby, rindu anak kata nya.... hehe....
Berpantang memang membosankan tambah-tambah makan lauk yang sama setiap hari tapi ni juga untuk menjaga dalaman, badan nak pakai lama kan so kena lah jaga elok-elok.... Rumah ni pun dah bising dengan kehadiran baby ni menceriakan hidup seisi rumah.... Abah pun happy dengan ada cucu setiap hari main dengan cucu tersayang maklum lah cucu lelaki kan....
TALK : You're my everything sayang.... My son, my love, my prince, my mucuk masam, my heartbeat, my soul & my everything..... Welcome to the world NDM :-)