Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Monday, January 5, 2015

BANJIR DI KELANTAN 2014

Hello January 2015!!

Tahun baru, umur baru, hidup baru dan status baru..... Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke hari ini, semua atas kehendak Ilahi.... Setelah apa yang melanda bumi Kelantan 25 Disember lalu benar-benar membuatkan aku terfikir masih bernafas ke untuk mengharungi tahun 2015..... Tahun 2014 adalah banjir terbesar berlaku di bumi Kelantan, hampir seluruh Kelantan ditenggelami air.....

Siapa tak panik bila tetiba tempat yang tidak pernah dalam sejarah naik air sehingga ke dalam rumah, memang tak pernah dibayangkan seumur hidup..... Pada 24 Disember KB dah mula dinaiki air, atm mula dikosongkan dan kereta juga dinasihatkan isi full..... Tak pernah terfikir yang Kelantan mengalami darurat seperti itu hingga terputus bekalan makanan meskipun tidak diisytiharkan darurat.....

Yes, ramai yang cakap orang Kelantan menipu mengatakan Kelantan banjir teruk, orang Kelantan ni manja naik air sikit pun dah merungut dan meraung..... Cuba lihat dalam facebook berapa ramai yang mati di Kuala Krai sebab kat situ paling teruk dinaiki air.... Semua penduduk berpindah-randah mencari tempat selamat kerana air datang dengan cepat sekali..... Banyak kereta yang tak dapat diselamatkan dan dimasuki air..... Kawasan rumah aku air dah naik atas jalan pada 24 Disember lagi dan kami terputus bekalan elektrik tepat jam 6.40 petang 24 Disember..... 

Tarikh 25 Disember 2014 adalah hari yang paling membimbangkan rakyat Kelantan bila air dah meledak seluruh pelusuk Kelantan..... Air datang begitu cepat, aku dapat tahu kawasan Wakaf Che Yeh dah dinaiki air.... Tercengang seketika sebab tempat tu tak pernah dinaiki air, di kawasan Pasir Pekan pun mula dinaiki air..... 25 Disember air telah menyelusuri seluruh bandar KB dan bumi Kelantan..... KB mula lumpuh.... KB dan Pasir Pekan terputus hubungan..... Air di Bunut Payong jugak naik mendadak sehingga terputus jalan bagi kami untuk keluar dari Bunut Payong.....

Alhamdulillah rumah aku tak dinaiki air seperti insan-insan lain yang terpaksa berpindah randah pergi ke tempat pemindahan mangsa-mangsa banjir.... Kami sangat risau hingga tak dapat tidur kerana kiri kanan depan belakang penuh air..... Rumah aku bagaikan pulau kerana terselamat dari air meledak, orang ramai berpusu-pusu parking kereta di kawasan rumah kami..... Bila melihat kejadian ni, barulah aku tahu rupanya kawasan rumah aku lah yang paling tinggi sekali sebab terselamat dari dinaiki air..... Syukur Ya Allah kerana kami tidak kerugiaan apa-apa dan barang-barang dalam rumah jugak tiada yang rosak....

Sedih bila melihat seluruh KB ditenggelami air..... Ni ujian yang besar buat kami rakyat Kelantan...... Masuk hari ke- 3 bekalan makanan hampir tiada kerana lori-lori dan van tak dapat menghantar makanan ke bumi Kelantan...... Air, letrik dan bekalan makanan memang terputus terus..... Alhamdulillah kami masih mendapat bekalan air melalui jiran belakang rumah yang mempunyai telaga, terima kasih 2nd keeper Kelantan, Mad Shah sebab tak kedekut air rumah anda bagi kami guna air telaga, kami juga mendapat bekalan makanan dari Datuk Tan Sri Annuar Musa yang dihantar sendiri oleh anak saudaranya di depan rumah kami..... Terima kasih pada semua pihak yang membantu kami semua, terima kasih sangat-sangat.....

Bekalan elektrik rumah kami terputus selama 9 hari..... Itulah pengalaman yang tak dapat kami lupakan kerana terpaksa berpanas dan bergelap selama 9 hari..... Dugaan untuk kami semua, kami terima dengan redha..... Alhamdulillah tidak pernah terputus hubungan dengan suami tercinta kerana Allah menolong aku untuk berhubung dengan tersayang selama 9 hari tiada elektrik.... Risau jugak takut terputus hubungan dan tak dapat meminta bantuan daripada sesiapa..... Sekarang semuanya kembali pada asal dan aku dah mampu up date blog ni..... Semoga ini semua menjadi pengajaran buat seluruh penduduk Malaysia..... Bantuan untuk mangsa banjir tak putus-putus tiba sekarang..... Terima kasih rakyat Malaysia....