Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Wednesday, December 17, 2014

ORANG TAKUT SELALU MENGATA DALAM SEMBUNYI

Hari ni 17/12/2014 genap 1 tahun 2 bulan usia perkahwinan aku.... Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke hari ini dan mampu menikmati keindahan dunia Ilahi.... Kejap jer masa berlalu tak sangka dah setahun jadi wife orang, rasa cam baru semalam jer akad nikah.... Hehehehehe....

Hujan sekarang turun tanpa henti macam nak banjir dah, angin pun pelik jer bertiup laju.... Apa pun syukur Allah menurunkan nikmat hujan selepas lama panas.... Tahun 2015 hampir tiba tak sampai 15 hari sahaja lagi, azam baru perlu diperkukuhkan..... Semoga tercapai semua azam-azam aku tahun depan....

Aku seronok tengok orang gelabah cepat-cepat tukar status dan gambar dekat whatsapp sebab dah kena sound kat entry lepas..... Takut lah terr, aku print screen whatsapp dia..... Hahahahaha.... Lain kali jangan cakap besar macam kita ni baik dan tak buat salah, duk up date macam-macam..... Kalau takut duk diam-diam jer jangan cari gaduh k?

Sekarang bila kau dah kahwin dan usia perkahwinan memasuki 4 bulan, kau rasa kau berhak nak mengutuk @ bercakap buruk pasal orang yang tak kahwin lagi? Sebelum kita menilai buruk orang yang tak kahwin lagi,cuba kita lihat perangai dan perbuatan kita sebelum kahwin dulu elok ke tidak..... Kalau perangai kita dulu sama macam mereka sekarang ni, tak payah lah mengata kat orang sebab kita pun sama.....

Ada hati nak menyibuk pasal hidup orang yang dah bertunang lama tapi still tak kahwin lagi..... Sebab kau dah kahwin, kau ada hak nak kutuk orang lain yang bertunang lama? Dieorang bertunang lama bersebab, sebab masih muda baru 23 tahun, sebab masing-masing masih belajar, sebab masing-masing belom kerja.... So jadi masalah pada kau ke dieorang bertunang lama? Jadi kau nak cakap tak respect orang yang bertunang lama ni sebab ambil masa lama nak kahwin? Habis kalau si lelaki masih belajar dan belom kerja kena kahwin jugak sebab tak nak mulut kau bercakap? Nak tanggung anak dara orang dengan ape? Makan pasir ke? Kalau adik kau kahwin awal sama-sama tak kerja nak suh suami dia bagi adik kau makan pasir ke? Fikir sikit sebelum bercakap.....

Kau dah kahwin sekarang sedap mulut nak mengutuk orang bertunang ke? At least dieorang berjauhan bukan berkepit 24 jam, sama-sama buat praktikal jauh sorang kt Kelantan sorang kt KL, walau 1 kos bukan selalu datim..... Kau anggap semua orang bertunang macam kau bertunang dulu ke? Kahwin lambat sikit alasan nak kumpul duit, habis dosa pahala letak mana? Kau bertunang dulu macam laki bini dah 24 jam berkepit tak ley berenggang.... Masak untuk tunang sendiri,sewa apartment pun sebelah blok je, naik motor dengan tunang walaupun tak de hubungan lagi, makan minum share duit, semua benda kau buat elok....

Kau cakap dia kata kau ni gila sebab tak de puan nak naik motor dengan laki sebelum kahwin sebab puan semua memilih..... Bangga dan mulia ke puan yang tak kahwin lagi naik motor dengan tunang? Setahu aku lah tak elok puan duk naik motor dengan laki sebelum ada ikatan tapi kau bangga.... Kau memang patut kahwin cepat sebab dah lagak macam laki bini..... Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain kalau kain sendiri terselak.... Jangan perasan diri kau baik kalau sebelum kahwin dah menggatal.....

Jangan sibuk pasal hidup orang lain yang kau tak tahu sebab utama nape kahwin lambat.... Alasan kau untuk simpan duit memang tak munasabah kalau tiap-tiap hari berkepit macam laki bini patut lah sekarang kau dah boring hidup dengan suami kau even baru 4 bulan sebab sebelum kahwin dah terbiasa.... Sebab tu kau cakap kat aku awal-awal je nak berkepit lama-lama buat hal masing-masing..... Tak kan kahwin baru 4 bulan dah buat hal masing-masing kot sampai malam-malam pun cari aku kat whatsapp, kadang-kadang last seen whatsapp kau sampai ke pagi.....

Alhamdulillah sehingga ke hari ni aku bahagia dengan kehidupan aku..... Walaupun kahwin dah 1 tahun 2 bulan tapi rasa macam tiap-tiap kali jumpa honeymoon..... Rasa macam orang bercinta je bergayut dan mesej 24 jam..... Tak pernah rasa boring @ teringin buat hal masing-masing..... Itulah nikmat bercinta lepas kahwin semua benda baru tahu lepas kahwin.... Sape kata nak kahwin perlu kenal 3 @ 4 tahun? Tak perlu pun cukup dalam hati ikhlas nak berkahwin..... Allah dah tentukan jodoh kita dengan siapa dan bila kita akan kahwin.... Bila dah tiba jodoh, jangan kita tolak jodoh percepatkan perkahwinan.... Jangan kita berkahwin semata-mata nak tunjuk pada orang yang kita bahagia sedangkan kita tak bahagia.... Kalau kau bahagia kau tak kan cari aku lagi, kau kahwin pun terpaksa.....

Sempena hujung tahun ni pasti banyak sales kat mall so jom kita gi release tension shopping sikit-sikit..... Nanti kena simpan duit nak gi honeymoon pulak kan..... Ke mana kah kita lepas ni? Rahsia nanti akan diberitahu kelak, tak moo heboh-heboh sebelum gi, lepas gi baru kita gitaw..... Bab kata En. Husband nak honeymoon tempat yang tenang dan boleh dengar air pantai gitu.... Kat mana, surprise kata nya untuk sambut 1st anniversary..... Hehehehe..... Mekasih En. Husband untuk hadiah yang indah ini semoga ikatan ini kekal ke hujung nyawa, in sha Allah.....

P/S : Opppsss lupa nak wish, selamat pengantin baru k.cik dan pija.... Sorry sesangat tak dapat nak attend uoollsss punya wedding, busy sesangat minggu lepas semoga cepat-cepat dapat baby.... Akhirnya hubungan yang hampir nak masuk 10 tahun kekal ke jinjang pelamin..... Thanks k.cik sebab kau selalu ade time aku perlukan teman dulu sebab kau jer yang tahu semua cerita.... Pija, take care of her....