Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Sunday, May 15, 2016

NDM TURNS 1

Dah lama tak up date blog ni dah berhabuk blog tercinta ni....Sejak ada anak ni tak sempat nak menaip masa 24 jam untuk anakanda tersayang jer.... Maklum lah ibu sepenuh masa ni memang busy selalu dengan anak menangis lapar, menangis nak tido, nak mandi, nak makan macam-macam ada.... Sementara anak tido ni boleh lah up date blog....

Pada 01/04/2016 cukup lah umur anakanda tercinta 1 tahun.... Cepat betol masa berlalu pejam celik pejam celik dah 1 tahun jadi Mama ni.... Alhamdulillah jadi Mama pada umur 27 tahun so belom terlambat untuk menjadi Mama.... Seronok jadi Mama ni bila anak manja dengan kita, 24 jam nak berkepit.... Nak keluar kejap pun nak mengikut....

Pada 09/04/2016 telah selamat sambut birthday putera tersayang untuk 1st birthday, next birthday kita sambut lagi in sha Allah..... Sambut kecilan jer tapi ramai jugak tetamu yang datang, terima kasih pada semua yang hadir memeriahkan majlis putera kesayangan Mama....

Malas cakap panjang so layang je gambar sempena birthday putera kesayangan.... Yang penting meja candy buffet hias sendiri untuk putera tercinta....



                                                       DESSERT ATAS MEJA CANDY BUFFET
 CREAM PUFF

FRUIT TART 

 CHEESE TART (STRAWBERRY)

HOKAIDDO CUP CAKES 

CHEESE TART (BLUEBERRY)

 CUP CAKES





Thursday, November 26, 2015

PEREMPUAN DAN GEDIK

Hello 26 November 2015!!!

Kita semakin hampir ke penghujung tahun 2015, tak lama lagi akan masuk tahun baru & umur pun makin meningkat.... Tak sangka diri ini makin tua dan hampir masuk ke umur 30 series.... Alhamdulillah setelah berumur 27 tahun kehidupan aku sebagai wanita telah lengkap dengan kehadiran suami & anak yang terlalu aku sayangi.... Dia nyawa ku, dia Syurga ku....

Hari ini aku nak bercakap pasal perempuan.... Yes, perempuan sekarang tak sama macam perempuan zaman dahulu.... Betol orang cakap menjaga anak perempuan lagi susah dari jaga lembu sekandang kerana sekali tersilap langkah ke hujung nyawa menyesal tak berguna.... Dengan teknologi semakin maju & canggih semakin ramai perempuan yang tersilap langkah dek kerana terlalu ghairah dengan keindahan dunia yang sementara ini....

Perempuan yang baik bukan lah yang bergelar ustazah atau berpakaian menutup aurat tetapi yang tahu menjaga percakapan dan pergaulan.... Perempuan zaman sekarang bangga dapat ke hulu ke hilir dengan bf sedangkan dah layak untuk kahwin kerana dah mempunyai kerja yang bagus.... Dengan selamba up load semua tu dalam media sosial supaya orang puji sweet, comey, sepadan padahal orang lain tengok gedik dan menyampah....

Perempuan dan gedik memang tak boleh dipisahkan tak kira lah sebaik mana, sejurus mana, sesopan mana, seayu mana bila ada bf.... Pakaian dah sopan menutup dada, baju labuh, berbaju kurung tapi setiap hari @ setiap malam berkepit dengan bf.... Ke mana saja pergi berdua dan semua di up load untuk berkongsi dengan 1 dunia....

Bukan awak sorang ada bf orang lain pun ada tapi tak payah nak interframe sangat bf awak cuba lah tunjuk sikap yang baik kepada adik-adik awak yang masih bersekolah dan belajar.... 

Susah bila manusia menilai kebaikan dan kesopanan seseorang perempuan dari segi pakaian bukan dari segi percakapan dan pergaulan.... Bila perempuan tu bertudung labuh @ berpakaian sopan terus dilabel baik dan tiada dosa walaupun mulut suka mengkritik orang, menghina orang dan bercerita buruk pasal orang tapi bila perempuan tu pakai seluar jeans @ tak menutup aurat sangat di kutuk dan dikata gedik sedangkan dia tak kisah pasal orang lain.... Tolong jangan menilai seseorang dari segi pakaian.... Buat apa pakai menutup aurat tapi duk bergedik dengan bf, ke hulu ke hilir malam-malam, bertenggek rumah jantan baik pakai seksi terus.... Pakaian tak boleh dinilai perempuan tu baik ke jahat....

Jom kita sama-sama perbaiki diri, jangan hanya tahu mencari salah orang dan mengutuk segala perbuatan dia kerana kita belom tentu lagi sempurna 100%.... Kita cuma manusia biasa tak kan pernah lari dari membuat silap dan dosa, jangan pandang diri kita seperti Malaikat sehingga hanya mencari salah dan keburukan orang tapi keburukan sendiri tutup ketat.... Cuba cermin kesilapan kita dahulu baru tegur orang lain....

TALK : Welcome December 2015

Thursday, October 29, 2015

ANAK KEUTAMAAN KU


Lama sungguh tak menjenguk blog ni semenjak ada baby, terlalu busy dengan baby 24 jam berkepit.... Lain macam betol perasaan menjadi Mama ni, bahagia teramat sangat tak dapat diungkap dengan kata-kata.... Hanya yang pernah menjadi ibu, mama, mommy, umie, mak sahaja yang tahu betapa lengkap dan bahagia nya menjadi seorang isteri & Mama....

Alhamdulillah diberi peluang untuk menjaga anak sendiri 24 jam depan mata.... Tak perlu risau fikir cm ner keadaan anak dijaga orang lain konfem stress aku nak buat kerja fikir anak selamat ke tidak orang lain jaga.... Sambil jaga anak sambil bekerja.... Jaga anak pun income tetap masuk, rezeki dari Allah.... Tak putus-putus Allah beri aku rezeki untuk memberi kemewahan & kelengkapan yang sempurna untuk anak kesayangan ku....

Sape kata jadi ibu sepenuh masa ni tak penat, penat sangat-sangat.... Dari pagi sampai 11 malam duk berkepit, berdukung, bermanja & bermain dengan anak... Pukul 11 malam dah boleh rest & get ready untuk anak bangun menyusu 1 jam sekali.... Orang tak ada anak senang cakap alaa bukan penat pun jaga anak, duk rumah goyang kaki jer.... Nak tahu penat ke tak cuba jaga baby dari pagi sampai malam.... Aku ada sorang je anak rasa penat yang amat macam mana lah yang kembar 2 & kembar 3 memang aku tabik spring pada ibu tu mampu jaga anak kembar :-)

Bila 24 jam bersama konfem anak aku ni jadi manja teramat sangat... Tido pun nak kena teman, bila tido nak suruh aku duk sebelah sampai dia bangun.... Bila aku turun je dari katil, 5 minit kemudian mata dia & suaranya pun terbuka sama.... Dia memang tak boleh berpisah lasum dengan aku.... Kadang-kadang aku ada terfikir cam ner lah kalau kami berpisah 1 hari agak-agak dia boleh ke tido & duk seharian tanpa tengok muka aku.... Nak tido jer mesti cari muka aku....

Kadang-kadang bila Encik Hubby balik aku minta lah dia tolong mandikan & pakai kan baju untuk baby tapi baby aku ni dah pandai memilih tak nak Papa dia mandi & pakai kan baju, dia buat muka simpati minta aku yang buat semua tu.... Semua benda dia nak dengan aku jer maklum lah dah selesa dengan aku sejak dari lepas habis pantang.... Hehehe... Masa dalam pantang mak aku yang uruskan pasal baby, aku cuma menyusu jer.... Tido pun dia tido dengan Mak @ Adik aku.... Sebab tu sekarang tak nak berpisah lasum dengan aku takut aku tinggal dia macam dalam pantang dulu....

Dulu takut jugak nak buat semua kat baby sebab dia kecil sangat masa lahir.... Sampaikan basuh popoo & tukar pampers pun Mak @ Adik aku yang buat.... Angkat dia pun tak berani.... Aku belajar semua pasal baby lepas habis pantang.... Seronok sangat bila anak aku lagi rapat dengan aku berbanding Papa dia.... Itu lah perasaan yang paling best menjadi seorang Mama.... Bermaksud kita sangat penting untuk baby kita.... Walaupun mereka masih baby tapi mereka tahu kalau kita buat jahat @ berkasar dengan dia..... Automatik dia akan takut & menangis duk dengan kita....

Part paling best pasal baby kesayangan aku ni adalah dia paling suka senyum.... Yes senyuman dia murah sangat.... Macam mana lah aku tak jadi gila bayang kalau dia asyik senyum jer.... Senyuman dia buat aku jatuh cinta hari-hari dengan dia.... Alhamdulillah semakin hari dia semakin bijak & dia faham apa yang kita cakap.... Aku dah tak boleh berenggang lasum dengan dia....

Aku paling pantang bila orang suka mengkritik & menegur dalam hal aku menjaga anak aku.... Apa aku buat semua salah sedangkan aku yang jaga anak aku dari lahir sampai sekarang.... Tak perlu lebih-lebih kritik anak aku sebab aku yang akan mendidik & membesarkan dia nanti.... Aku tahu cara untuk mendidik anak aku.... Aku tahu kelebihan & kekurangan anak aku jadi tak perlu susah payah nak tegur @ cakap pape pun.... Plezzz mulut-mulut tempayan tolong diam...

DUHAI PUTERA KESAYANGAN KU,

Mama sayang sangat-sangat kat Adik.... Mama sayang Adik lebih dari nyawa Mama sendiri.... Terima kasih Adik sebab hadir dalam hidup Mama & menceriakan hari-hari Mama.... Suatu ketika dulu Mama takut sangat sebab Adik lahir kecil & Mama takut Adik tak kuat tapi sebenarnya anak Mama kuat sangat-sangat sebab sentiasa menyenangkan Mama membesarkan Adik... Adik tak der ragam, sungguh senang jaga Adik.... Semua orang puji senang nak jaga Adik sebab Adik senyap & tak der peel macam sesetengah budak.... Adik jugak senang untuk tido tak perlu buai, duk atas dukung Mama pun Adik boleh tido sebab tu Mama tak nak ajar Adik tido dalam buai.... Adik kebahagiaan & keceriaan Mama.... Mama jaga Adik dari Adik lahir sampai sekarang jadi Mama tahu kelebihan & kekurangan Adik.... Mama tak kisah orang nak kondem apa pasal Adik sebab orang cuma tahu mengkritik tapi tak reti jaga.... Susah bila manusia suka mengkritik orang lain & menegur segala orang buat salah....

TALK : You're my sunshine

Thursday, August 13, 2015

HAPPY BIRTHDAY MAMA NDM

Happy belated birthday Mama NDM!!!

Pada 31 Julai 2015 lepas genap lah usia aku 27 tahun..... OMG dah tua aku sekarang! Alhamdulillah di umur 27 tahun ni kehidupan aku lengkap sebagai seorang isteri & seorang ibu.... Hadiah birthday tahun ni paling special & tak ternilai iaitu putera hati tercinta..... Tu hadiah paling besar & istimewa yg pernah aku dapat sepanjang hidup....

Tak sangka umur 27 tahun ni aku dak bergelar ibu, so excited.... Sape tak happy dapat anak, penyeri rumahtangga tambah-tambah anak yg secomel & secerdik NDM..... Alhamdulillah sejak kehadiran NDM rezeki aku makin bertambah & bisnes aku makin maju....

Birthday tahun ni tak dapat sambut dengan Encik Hubby lagi jadi akan dituntut bila Encik Hubby balik bulan 9 nanti.... Cuma sempat sambut berdua je dengan NDM..... NDM pun sekarang dah genap 4 bulan.... Kejap tak kejap baby aku dah makin membesar....

Terima kasih pada semua yg wish birthday aku, alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk bernafas hingga ke hari ini.... Aku hidup sampai ke hari ini untuk baby NDM.... Mama akan cuba sedaya upaya memberi Adik kemewahan & cukup semua macam baby lain.... Mama janji sayang.... Baju kamu sekarang pun dah bertimbun Mama beli sampai tak sempat pakai....


Sunday, August 2, 2015

MAJLIS AQIQAH & BERENDOI NDM

Salam 17 Syawal....

Alhamdulillah 4 Syawal yg lepas selesai sudah majlis Aqiqah & Berendoi putera sulung ku dengan gilang gemilang.... Ramai tetamu yg hadir & memeriahkan majlis putera ku.... Terima kasih pada semua yg hadir & bagi banyak duit raya kt putera ku....

Kejap tak kejap kelmarin genap lah usia putera ku 4 bulan.... Kamu dah besar sayang, makin cerdik & comel sekarang.... Hidup ku kini lengkap & terisi dengan kehadiran putera hati yg comel & murah dengan senyuman.... boleh jadi tak keruan kalau tak tengok senyuman dia dalam 1 hari.... 

Terima kasih Allah kerana menganugerahkan hadiah yg teramat bernilai ini, cinta dunia Akhirat.... Kehadirannya benar-benar membuatkan hidup ku seharian indah & bahagia.... Suka cium bau Syurga ni....

Puas hati dapat membuat majlis yg indah & keinginan ku tercapai untuk putera sulung meskipun terpaksa bekerja keras untuk merealisasikan apa yg aku idamkan selama ini..... Syukur semua majlis untuk putera sulung sudah selesai, sekarang masa untuk membesarkan nya dengan penuh kasih sayang & cinta.... Majlis cukur jambul telah selesai masa baby masih 7 hari....

BUAT PUTERA KU,

Mama & Papa sayang adik sangat-sangat.... Adik lah dunia Mama sekarang, hidup Mama bahagia dengan ada nya adik sekarang.... Walaupun adik lahir kecil & lambat membesar berbanding baby lain tapi Mama bangga dengan kebijaksanaan & usaha adik utk cepat belajar macam baby lain,.... Walaupun kepala adik belum keras lagi tapi adik dah berusaha utk meniarap, it's ok sayang slow-slow Mama tak kisah pun asal adik sihat & sempurna utk Mama.... Hari-hari Mama terasa indah dengan telatah adik, sekarang adik dah pandai pegang barang & bermain dengan selimut.... Mama akan bekerja dengan lebih keras utk beri adik kemewahan..... Doakan Mama dapat kerja setiap hari..... Rezeki utk anak Mama ni tak pernah putus..... Adik lambat lah membesar Mama tak nak merindui saat adik masih baby ni.... Mama suka tengok senyuman adik yg menenangkan jiwa tu.... Duhai anak Syurga, kau lah kebahagiaan ku sekarang ni.... I love you NDM....

TALK : You're my soul, my heartbeat, my mucuk masam, my baby love, my prince, my hunny bunnie, & my everything.... Happy 4th month sayang....


        Buaian berendoi putera hati, puas hati sangat cantik!!