Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Saturday, December 13, 2014

MANUSIA BERHATI BUSUK

Hidup ni tak selalu cerah kadang-kadang kita tersenyum, kadang-kadang kita bersedih dan kadang-kadang kita menangis..... Dalam hidup ni tak semua orang gembira dengan kita, senang melihat kita bahagia dan suka melihat kita hidup aman..... Di dalam beribu orang yang sayang dan suka kat kita pasti ada seorang yang membenci kita....

Biarlah orang nak bercakap dan buat jahat pada kita janji kita tak buat pada orang sebab takut nanti dapat balasan.... Kalau tak di balas atas dunia pasti di Akhirat.... Biarlah orang nak bercerita buruk pasal kita dan menunduh konon kita jahat tapi kita jangan terikut dengan cara dia.... Kita jaga attitude dan diri kita sudah tak payah susah-susah bercerita pada orang kita baik....

Orang ni sebenarnya tak sedar yang diri dia jahat dan sanggup menuduh orang lain ni buruk dan mengata pada dia.... Dia tak pernah nampak cerita yang dia duk uar-uarkan pada semua orang tu kadang-kadang berunsur fitnah dan menuduh orang lain.... Perlu ke kita cerita keaiban orang semata-mata nak tunjuk orang tu orang ni jahat....

Orang nak bercerita buruk pasal kita dan mengata kita jahat, ikut suka dia lah yang penting kita tak buat cara dia..... Dia nak mengata kita, nak bercerita buruk pasal kita ke buat dek jer nanti lama-lama dia akan diam.... Manusia berhati busuk ni dia tak suka tengok orang senang dan bahagia pasti dia cari jalan cerita pada semua orang pasal orang yang dia tak suka.... Orang yang busuk hati dia tak suka tengok orang lain dapat apa yang dia tak dapat so dia buat lah cerita biar dia nampak baik je....

Aku dah lama bersabar dengan manusia berhati busuk ni ingatkan masa yang berlalu merubah fikiran seseorang untuk menjadi lebih matang rupanya still sama jika dalam diri penuh dengan hasad dengki.... Selalu nya manusia bila dah berubah status perangai dan cara berfikir pun berubah menjadi lebih baik tapi rupanya selagi diri masih tak nak berubah mesti kita masih sama.... Dari dulu sampai sekarang still menunjuk dan bercerita pasal kelebihan diri macam dia terlalu kaya, duit berkepok-kepok.... 

Tak der orang jelaous pun bila kau mampu bercuti sana sini sebab aku pun boleh jer gi bercuti sana sini cuma tunggu kumpul duit jer.... Kalau kau asyik ulang alik gi overseas memang lah orang jelaous tapi setakat dalam Malaysia tak payah lah berlagak lebih.... Aku tak suka lah bercerita lebih nak gi situ sini semata-mata nak tunjuk pada orang aku kaya, aku gi dulu baru aku bercerita.... Kau anggap orang ni miskin sangat ke kau je mampu gi honeymoon? Kalau kaya sangat,rasa nya boleh je pakai 2 kereta, rumah pun beli terus tak payah sewa dan tak pakai lah kereta Malaysia.... Maknanya kau dan aku sama taraf je, aku mampu gi honeymoon mana-mana cuma bukan tiap-tiap bulan.... 

Patutlah adik-adik aku dah halang aku dari berkawan dengan dia sebab adik aku cakap dia ni perangai macam budak-budak sehingga sekarang tak matang.... Buang lah segala rasa benci dan hasad dengki dengan kelebihan orang lain mesti kita tak bangga bercerita pasal diri kita.... Orang cakap nak cari kawan biarlah yang boleh membimbing kita dan sama-sama bersusah payah dengan kita bukan nya tikam kita....

Dia cakap kita ni suka mengata pada dia, suka melihat dia tak sihat dan kita cakap padan muka sebab dia sakit tapi kita tak pernah fikir seteruk tu.... Dah kalau diri sakit, cubalah ubah perangai dan insaf dari perangai jahat dulu in sha Allah pasti ada jalan..... Block whatsapp dan insta sebab cakap kita mengata pada dia.... Dah kalau diri baik sangat nape perlu up date whatsapp " Ragam manusia " ? Duk diam jelah sebab kita tak mengata pada orang.... Tak puas hati ke ape ke kata depan-depan jangan sibuk duk up date status segala bagai.... Sebab kau nak suh kawan-kawan kau nampak ada orang mengata dan buat jahat pada kau, kau nak bercerita pada orang yang dia ni memburukkan kau.... Patutnya kau sound orang tu senyap-senyap, luahkan apa tak puas hati then diam je tak perlu bercerita pada kawan-kawan kau.... 

Aku berharap sangat kau cari aku balik dan luahkan apa yang kau tak puas hati dengan aku..... Sebenarnya banyak yang aku nak luahkan pada kau sebab dah terlalu banyak kau sakitkan hati aku.... Aku nak bercakap dengan kau dan nak settle apa yang tak pernah settle sebelum ni.... Tapi kau ni pengecut duk diam je tak nak pun settle segala dosa silam kau.... Aku nak kau whatsapp aku balik dan kita settle baik-baik, aku tak tahu nak cari kau dari mana sebab mesej pun kau tak reply so tegur aku kat whatsapp.... Dah kalau kita dipihak yang benar nape kita nak takut duk diam segala bagai....