Terima kasih kepada semua pembaca blog aku dan terima kasih jua kepada yang membenci blog aku.... Aku tak pernah minta orang untuk suka atau benci blog aku sebab aku tulis apa yang aku pendam dan rasa selama ni.... Andai ada yang terasa hati dan menyampah dengan apa yang aku cakap itu atas diri korang... Aku tak pernah minta orang untuk memuji @ membaca apa yang aku tulis....
Setiap manusia pasti membuat kesilapan.... Adakah korang yang bercakap tu tak pernah berbuat dosa dan mengata orang lain? Kalau tak pernah, alhamdulillah sebab tak pernah berbuat dosa.... Aku juga manusia ada rasa benci, marah, menyampah dan terluka.... Setiap apa yang aku luahkan dalam blog sebab orang tu sendiri baca.... Aku buat macam tu sebab aku tak dapat hubungi dia....
Hidup ni macam roda sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah.... Mungkin korang tak pernah rasa sakit dan ditipu tapi aku pernah lalui saat itu sehingga aku pernah terluka selama bertahun-tahun.... Aku tak faham kenapa wujud manusia yang nak mengutuk aku belakang tanpa mendedahkan identiti sebenar.... Datang cari aku private kalau tak suka....
Aku maafkan kalian yang menunding jari pada aku sebab korang tak pernah berada di tempat aku.... Aku malas nak bergaduh dengan sesiapa dan diharapkan orang tu datang cari aku sebab aku nak kenal sape yang tak suka kat aku.... Aku suka menulis dan mengarang blog sebab ni sahaja yang aku ada untuk meluahkan apa yang aku pendam selama ni.... Aku perlu luahkan pada orang yang bertanggungjawab....
Orang tu tinggalkan kumen yang amat menyakitkan hati.... Adakah kau orang yang aku maksudkan sampai terasa begitu sekali? Hidup ni jangan selalu merasakan kita betol dan baik, cuba muhasabah diri.... Aku tak pernah rasakan diri aku terbaik tapi aku cuba menjadi terbaik....
Kenapa aku tak pernah bercerita tentang kehidupan aku selepas berkahwin dan tentang suami aku, itu hanya aku yang tahu.... Tak perlu 1 dunia tahu tentang kehidupan aku sekarang sebab aku dah ada kebahagiaan sendiri.... Aku cuba jaga kehidupan sendiri tanpa bercerita tentang hidup aku.... Aku malas jadi macam orang lain bercerita tentang kehebatan suami sendiri @ apa yang dieorang lakukan dalam hidup.... Biar aku, Allah dan dia sahaja yang tahu :-)
Ramadhan
12 years ago