Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Thursday, June 5, 2014

UKIRAN INAI BUKAN UNTUK BERMEGAH DIRI

Blog hari ni khas untuk bakal pengantin.... Sesiapa saja yang nak kahwin pasti excited dalam membuat persiapan kahwin... Mana nak cari pelamin, cari baju, make up lagi, set bilik tidur, hantaran termasuk lah juga sesi memakai inai dan memanjakan diri di spa... Ada orang cakap bakal pengantin kena gi spa untuk kecantikan diri sebelum majlis resepsi... Actually tak perlu kot bazirkan duit mahal-mahal gi spa tak berbaloi pun, beli je mandian susu kambing, berendam dalam tu... Kalau yang jenis perasan cantik dan perasan kaya mungkin dia dah survey lah spa untuk bakal pengantin... Kita orang Kelantan ni simple je tak perasan macam negeri lain sebab kita negeri Pantai Timur.... Negeri Terengganu pun negeri Pantai Timur jadi tak payah nak perasan sangat ikut trend budaya barat...


Pasal pelamin pulak mesti lah nak paling gorgeous mengalahkan orang-orang yang kita benci biar habis beribu ringgit pun asal nampak grand... Bak kata orang tua-tua biar papa asal bergaya... Rasanya cukup yang simple sudah lah tak perlu bersanding bagai sebab adat kita bukan bersanding, cukup akad dan lafaz jer... Aku tengok ramai yang buat sesi merenjis, tu ikut budaya Hindu dah... Kita orang Islam haram adakan sesi merenjis ni... Tapi tengok lah atas family jenis ambil mudah bab agama mungkin buat...

Fokus utama aku nak bercerita tentang pemakaian inai... Masa nak kahwin dulu teringin juga nak ukir inai ni sebab tengok orang buat cantik je tapi sedara aku tak bagi dia cakap tak baik ukir inai macam ikut budaya Hindu... Sebab orang India kahwin kahwin penuh ukir inai di tangan... Bila pikir-pikir balik betol jugak kekadang orang Islam kahwin pun dah terikut budaya orang kafir... Ramai bakal pengantin buat ukiran inai pada tangan....

Ini penerangan tentang inai yer... "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah... Inai berukir bentuk tumbuh-tumbuhan dan bunga diharuskan.... Kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari. Adapun berinai dengan cara mengukirnya di tangan atau kaki, maka perbuatan itu menurut ulamak adalah makruh... Berkata Syeikh Yusuf Al-Ardibili dalam kitabnya  al-Anwar li A'mal al-Abrar " Jika seorang wanita hendak mewarnai tangannya hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna... Tidak disunatkan baginya membuat ukiran/lukisan, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi"...

Memakai inai bercorak pada kedua tangan dan kaki bagi wanita berkahwin atau tidak selagi tidak menimbulkan fitnah adalah HARUS.... Inai hanya boleh dipakai di kedua tangan dan kaki, tidak melebihi pergelangan tangan dan buku lali... Warna inai bercorak yang digunakan haruslah tidak bersifat kekal seperti tatu... Ukiran atau corak yang dibenarkan seperti awan larat, bunga dan tumbuhan manakala ukiran seperti haiwan, dewa berhala dan tumbuhan atau apa saja yang bertentangan dengan agama Islam adalah dilarang...

Secara ringkasnya dibenarkan wanita berhias untuk suaminya, bukan orang ramai,bakal suami dan bukan untuk bermegah diri.... Kalau setakat pakai inai sebab nak menunjuk pada orang cantik tangan ukiran inai memang tak dibenarkan... Nak cantik untuk suami diharuskan... Buat pe nak ikut budaya Hindu masa kahwin? Kita orang Islam ikut cara Islam dah lah... Pakai inai di jari tak perlu tempah untuk ukir inai di tangan... Kalau buat jugak mungkin sebab ambil ringan bab agama... Mak ayah pun tak tegur anak sebab ilmu pun tak cukup sangat... Dalam Islam pun melarang lelaki dan perempuan keluar berdua, bercouple tu haram still buat jugak maknanya memang tak kisah lah kahwin ikut budaya hindu... Bab couple pun tak ikut Islam dah apatah lagi bab lain... Apa guna dalam fb duk war-war pasal agama tapi dalam diri agama 0....

TALK : Jangan hanya tahu bergelar Islam tetapi tak tahu isi agama sendiri...