Bila seorang lelaki masuk meminang seorang perempuan atau ingin berkawan dengan seorang perempuan, Islam meletakkan satu garis panduan yang dibolehkan.... Ini berbeza dengan apa yang kita faham.... Islam bagi kita untuk "Khitbah" untuk kita bertunang tetapi kita menggunakan pertunangan itu untuk buat macam dah kahwin... "Orang kata duk usung sana sini bukan usung!!" Belum usung lagi.... Majlis bertunang sudah jadi seperti majlis perkahwinan.... Nampak!!! Majlis bertunang sudah jadi seperti majis perkahwinan, memakan belanja yang begitu banyak!!Sedangkan tujuan khitbah untuk kita kenal perempuan itu....
Bila kita pilih dia, kenal dia, jatuh cinta dengan dia, tengok-tengok tak sesuai.... Kita boleh putuskan pertunangan kerana ini ada di dalam Islam... Dan orang yang putus tunang tidak ada sebarang calar pun pada peribadi diri dia.... Dan andai kata putus masa tu, macam-macam tomahan telah dikeluarkan dan berlaku pergaduhan putus audara di antara dua ahli keluarga dan ingat Nabi sebut " Siapa yang putuskan persaudaraan, apa kesan dia? Tak masuk Syurga"
Oleh itu kepada wanita di luar sana yang sudah bertunang, yang akan bertunang dan ada plan untuk buat pertunangan meriah tahap perkahwinan, sembunyikan pertunangan anda dari mata dunia dan laman sosial yang kejam ini.... Pertunangan anda tak perlu dihebohkan pada semua orang sebab cuma bertunang je bukan kahwin lagi.... Belom halal lagi....
Sekarang pun bertunang meriah macam dah kahwin.... Pelamin lebih dari orang kahwin, siap ade kerusi lagi, duduk berdua atas pelamin macam dah halal... Ambil gambar berpegangan macam suami isteri tanpa menghiraukan mak ayah.... Photographer pun turut di tempah untuk merakam detik indah mereka bersama.... Sekarang ni pre wedding pun dah ade, gambar pulak siap berpeluk-peluk dan berpegangan mesra....
Orang bertunang sekarang pun dah macam suami isteri, ke mana saja pergi bersama macam belangkas, beli barang dapur bersama dan memasak sekali untuk tunang.... Rasa nya semua tu perlu dibuat lepas kahwin sebab dia dah jadi suami kita, dah jadi tanggungjawab kita memasak untuk dia... Siap bawak balik kampung lagi, bagi tidur rumah kita.... Mak ayah pun tak kisah tunang anak join balik kampung.... Mak ayah pun sibuk sama sambut besday tunang anak.... Hish3...
Dalam tempoh bertunang, sembunyikan siapa tunang anda, tak perlu up load gambar bersama tunang atau ke mana-mana dengan tunang.... Buat apa bangga ade tunang? Yang patut bangga bila dah ade suami sebab dah halal... Bila kita dah nak kahwin tak perlu lah up load practice kahwin @ bride to be @ step-step majlis kahwin anda sebab kita tak perlu bangga dengan persiapan perkahwinan.... Kalau tetiba tak jadi kahwin mesti seluruh keluarga malu....
Nak bertunang cukup lah sekadar 2 belah family sahaja yang tahu tentang pertunangan kita.... Dah kahwin nanti nak heboh 1 dunia korang dah kahwin, berkepit 24 jam pun orang dah tak bercakap... Orang bertunang ni kadang-kadang cakap berlagak mengutuk orang lain maklum lah dia dah bertunang.... Kau kena ingat kau baru bertunang jangan nak berlagak sangat, jangan ingat aku tak tahu perangai buruk kau dulu? Kau tu cuma berselindung di sebalik tudung yang kau pakai dan perangai berpura-pura baik kau jer... Kau lah orang paling kejam memfitnah orang lain....
Nasihat aku pada wanita zaman sekarang, tak perlu lah kau heboh duk up date status date dengan tunang, keluar dengan tunang sampai malam, buat-buat sweet dalam laman sosial dengan tunang.... Cukup lah semua tu hanya korang berdua yang tahu, biar lah orang tak tahu kita bertunang dari dapat dosa kering.... Tak payah lah susah-susah up load gambar dalam fb semata-mata nak tunjuk persiapan nak kahwin korang, up load gambar bride to be dan practice kahwin.... Kita ni perempuan jadi tak payah lebih-lebih.... Pada yang akan berkahwin selamat pengantin baru hingga ke anak cucu...
TALK : Biar muka jer buruk jangan perangai yang buruk :-)
Ramadhan
12 years ago