Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Wednesday, April 10, 2013

AKU PASRAH :-)

Ya Allah andai ini yang terbaik buat aku, aku redha....Andai ini mampu mengubat segala resah hati ku, aku terima dengan hati yang terbuka....Sesungguhnya hanya Engkau saja yang tahu ape terbaik buat diri ku.... Aku dah tak sabar untuk berada dicc Mu untuk meluahkan segala keluh kesah dan rahsia di hati ini....Hanya Engkau saja yang faham duka di hati ku....

Ya Allah, aku dah cuba beri yang terbaik dan membuatkan semua pihak bahagia tapi akhirnya aku juga yang terluka.....Tapi aku tahu ini semua ujian dari-Mu untuk menguatkan aku.....Semakin hari aku rasa aku semakin dekat dengan-Mu....Semakin hari aku semakin mencintai-Mu kerana aku yakin tiada cinta yang lebih hebat melainkan cinta kepada-Mu....

Aku tahu Engkau mahu aku sentiasa dekat dengan-Mu.....Engkau ingin aku merintih dan merayu kepada-Mu dalam setiap perbuatanku.....Kau ingin aku lebih banyak luangkan masa dengan-Mu....Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa menyedarkan aku sebelum aku tersesat....

Ya Allah hati aku sakit! Ya Allah hati aku terluka! Ya Allah aku ingin menangis! Peluk lah daku di setiap sujudku....Pimpin lah aku di setiap doaku....Jangan biarkan aku sendirian tanpa petunjuk dari-Mu....Ya Allah aku ingin dekat dengan-Mu seperti mana kekasih-Mu menjadi kesayangan-Mu....Hanya Engkau Yang Tahu...

TALK : Ampunkan segala dosaku Ya Allah....