Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Sunday, August 26, 2012

KAHWIN

Apa yang dimaksudkan dengan perkahwinan? Perkahwinan adalah perkongsian hidup di antara lelaki dan perempuan untuk menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W.....Setiap manusia di atas muka bumi dijadikan berpasangan cuma bagi yg masih belom berkahwin, jodohnya belom sampai lagi....Insyallah bila tiba waktu pasti jodoh dia sampai....


Sekarang mak aku mula bising bila ramai anak-anak kawan dia yg dah bertunang n berkahwin.... Dia asyik tanya bila aku nak kahwin....Ramai bebudak yg sebaya dgn aku yg dah kahwin...Umur aku dah 24 tahun mestilah aku jua punya perasaan untuk mendirikan rumahtangga tapi aku belom jumpa calon yg sesuai lagi....Dia jeles kot bila tengok orang lain dah dapat menantu....Haha...

Mak aku pernah cakap cam ni " Kalau kakak ni lelaki dah lama suh masuk meminang anak dara orang walaupun tak kerja lagi " Statement yg tak boleh blah telah keluar dari mulut mak aku.... Bukannya aku tak fikir tentang kahwin tapi Allah belom beri jodoh untuk aku....Aku tengah tunggu lelaki yg datang bergolek-golek depan aku ni....Hahahaha....

Papepun aku sentiasa nak yg terbaik untuk Mak n Abah aku kerana mereka segalanya untuk aku....Aku tengah usaha mencari yg terbaik dikalangan yg terbaik untuk jadikan menantu mereka...Bukan senang nak cari lelaki yg berkualiti di zaman skrg ni so kena bijak dalam memilih....Biarlah masa saja yg menentukan segalanya....Amin....

P/S : Hati aku cuma aku saja yang tahu ;-)