Sekarang ni semua orang bercakap tentang jodoh dan kahwin....Kadang-kadang aku pelik kenapa perlu nak tergesa-gesa dalam mencari jodoh....Allah dah berjanji lelaki yang baek untuk wanita yang baek dan begitu jugak sebaliknya....Wanita maen pakai muat jer sebab takut di gelar andartu....
Jodoh kita Allah telah tetapkan semasa kita berada dalam perut ibu kita lagi....Jika kita inginkan jodoh yang baek dan soleh, minta lah dengan Allah supaya di temukan dengan lelaki yang kita idamkan....Memang benar orang cakap jodoh perlu di cari sebab ia tak kan datang bergolek tapi adakah benar lelaki yang kita cinta itu jodoh kita?
Kadang-kadang bercinta 10 tahun bagai nak rak tapi tetap berpisah jua kerana TIADA JODOH..... Bila Allah dah tetapkan dia bukan jodoh kita, kita tak kan berkahwin jugak dengan dia walaupun kita dah cuba yang terbaek...Bab-bab kahwin ni bukan main-main....Semua orang nak setiap rumah tangga itu akan berkekalan sehingga ke nafas yang terakhir....
Wahai si gadis di luar sana dan juga pada diri saya sendiri, jangan lah terlalu mengejar jodoh kerana jika sudah sampai waktu kita akan berkahwin jua.....Cuma bila dan siapa orang nya, tidak kita ketahui....Percaya lah Allah telah menetapkan jodoh yang terbaek untuk kita....Berusaha, berdoa, beriman, redha dan tawakkal kepada Allah, insyallah kita pasti akan temui kebahagiaan....
TALK : Kita bukan tak laku cuma belum ada lelaki berjaya menawan hati kita untuk menjadi isteri mereka....
Ramadhan
12 years ago