Sejak 2 menjak ni saya banyak terbaca dalam paper tentang suami curang, isteri dimadukan dan perceraian.....Bila terlalu kerap perkara sedemikian berlaku di zaman ni, menjadikan kami kaum wanita takut untuk memasuki alam rumah tangga....Takut untuk dikecewakan dan ditinggalkan apabila sudah menjadi suami isteri kelak....
Mungkin bagi lelaki yang berkemampuan, perkara itu tidak menjadi masalah untuk mereka tapi mereka perlu sedar perasaan isteri yang terguris....Yup, lelaki boleh beristeri 4 tapi anda perlu fikir mampu ke anda berlaku adil, adakah isteri anda merelakan dan mungkinkah mereka mampu bahagia walaupun wang mencukupi....Ramai wanita mengambil keputusan untuk bercerai dari terus terseksa.....Kadang-kadang hidup menjadi ibu tunggal lebih tenang dari hidup bermadu....
UNTUK LELAKI : Fikirlah berkali-kali sebelum anda mula terjebak dengan cinta si gadis sunti @ janda....Fikirlah perasaan anak-anak dan isteri yang berada di rumah,yang memerlukan kasih sayang dan sokongan anda....Mungkin mereka nampak tabah tapi di hati, terseksa....
UNTUK WANITA : Jangan lah bertindak sekejam itu terhadap kaum anda sendiri.....Cuba bayangkan apa perasaan anda bila berada di tempat mereka....Mungkin sekarang anda bahagia dapat meruntuhkan masjid mereka tapi kelak anda sengsara saat hukum karma terjadi....
TALK : Berfikir sebelum bertindak
Ramadhan
12 years ago