Apa yang ade pada kesetiaan?
Apa yang ade pada cinta?
Apa yang ade pada kejujuran?
Semua orang bercakap tentang setia, jujur n percaya tapi mereka sendiri tidak pernah memahami konsep itu.... Setakat bercakap, memang semua orang boleh buat....Ramai yang bercinta tapi tidak ramai yang setia....Orang cakap kesetiaan penting di dalam sesuatu perhubungan barulah hubungan kekal harmoni....Tapi lelaki mengambil mudah konsep setia....Bagi mereka cukup lah mencintai, kesetiaan di tolak ke tepi tapi pernah kah mereka berfikir tentang perasaan wanita, kehendak dan keinginan wanita....Setiap wanita inginkan kesetiaan dan kejujuran dari seorang lelaki....Lelaki, tolonglah setia !
Ramai yang datang bertanya pada saya macam mana nak menjadi seorang yang setia....Mereka rasa kagum dengan saya coz boleh menjadi seorang yang setia selama 2 tahun tapi mereka tak pernah tahu betapa perit menjadi seorang yang setia....Jawapan saya pada mereka " Tak perlulah korang nak setia sebab kesetiaan korang pasti melukakan hati sendiri....Belajar lah mendua agar bila ditinggalkan kelak,korang tak rasa sesakit n sepedih ni....Jangan cuba setia pada seorang lelaki coz lelaki tak pernah menghargai kesetiaan seorang wanita..."
Saya menyesal menjadi penunggu yang setia kerana semua ini sia-sia....Saya nak belajar untuk menjadi wanita yang pandai mendua agar saya tak kecewa di kemudian hari kelak....Di dalam penantian ini saya banyak terluka dan kecewa....Kepada cinta, terima kasih kerana banyak mengajar erti bahagia, gembira, kecewa dan terluka....Jika cinta tak pernah hadir dalam hidup saya, mungkin saya tak kan pernah kenal erti 'setia'....Tak mungkin saya jatuh cinta lagi kerana cinta amat memeritkan....Saya serahkan hidup saya pada Allah kerana Allah cinta saya yang kekal....Terima kasih Ya Allah....
Saya tak mungkin akan menjadi penunggu lagi kerana saya ingin bahagia....Pergilah jauh dari kehidupan ini dan jangan pernah kembali....Selamat tinggal cinta, selamat tinggal kesetiaan, jangan pernah hadir lagi ! Sekarang saya lepaskan awak pergi duhai CINTA :-)