Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Monday, March 5, 2012

KAU BUAT AKU MENANGIS !

Terkedu tanpa bicara
Diam tanpa kata
Tersenyum dalam duka

Sabarlah wahai hati ! Sesungguhnya kau dah terlalu banyak merasa pedih dan sakit....Cuba lah bertenang dan mengukir senyuman seikhlas mungkin.... Mata pun dah penat untuk terus keluarkan air mata.... Buat apa menangis lagi andai tiada yang sudi untuk simpati.....Hati aku dah sentiasa di lukai oleh MANUSIA ! Walaupun bibir tak mengeluarkan kata-kata tapi hati telah menjawab setiap kata-kata yang dikeluarkan.... Yup, terlalu pedih untuk hati ini tanggung....Aku cuma mampu menangis bila terlalu sedih merindui orang yg tak sudi....Tabah lah wahai hati kerana Allah sayang pada manusia yg bersabar....Kau akan temui kebahagiaan jua suatu hari nanti...

Ya Allah beri aku peluang untuk bahagia walaupun untuk seketika coz aku dah terlalu banyak menahan kesakitan yg bukan salah aku....Aku terhukum oleh kesalahan orang laen....Kau buat aku menangis lagi walaupun aku cuba bertahan supaya tak keluar air mata....Kau buat aku derita lagi dengan kata-kata kau.....Maaf, aku tak der niat untuk terus bercerita tentang kelukaan hati aku tapi aku dah tak mampu....Ya Allah, tolong beri aku kebahagiaan yg aku cari.... Wahai cinta, tolong jangan beri aku derita lagi kerana aku jua layak untuk bahagia.....Aku juga seperti wanita laen ingin rasa dicintai dan disayangi oleh insan bernama LELAKI :-)

TALK : Hati aku dah terlalu lama terluka, tolong beri ia ruang untuk sembuh :-)