Aku cuba menjadi manusia yg sentiasa bersyukur dengan anugerah yg Allah S.W.T. berikan pada aku....Aku tak tahu nape sekarang aku rasa semakin serabut n tension.... Padahal aku cuba untuk menerima kekurangan diri aku yg sememangnya serba kekurangan ni...
Ya Allah bantulah hamba-Mu ini untuk menemui jalan kebenaran....Aku bersyukur dengan kurniaan yg Allah beri pada aku ni....Aku mempunyai family yg sentiasa menyayangi aku n kekawan yg sentiasa support aku...Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan mereka di dalam hidup aku ni....
Mungkin ade suatu perkara yg still menghantui hidup aku yg menjadikan aku tak tenang....Tolong sedarkan aku dari mimpi yg panjang ni Ya Allah....Sedarkan aku supaya jadi manusia yg bersyukur dengan rahmat-Mu ini....Aku terlalu tamak untuk memiliki sesuatu yg bukan milik aku lagi...Aku akan cuba untuk bangun tanpa menoleh ke belakang lagi....
Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa memberikan aku senyuman walaupun sedikit...Setiap kali aku menangis, Engkau pasti akan memberikan aku kebahagiaan...Berilah aku kebahagiaan yg berpanjangan n mampu memberikan aku senyuman yg tak terhingga....Setiap kali aku rapuh, Engkau akan datangkan kegembiraan yg tak terkata...
TALK : Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever