Blogger Templates

HANYA DI HATIKU

Sunday, December 7, 2014

PENAT LAYAN KARENAH ORANG

Seronok tengok kehidupan orang yang tenang tanpa ada sebarang masalah..... Hidup dieorang penuh dengan kebahagiaan sebab dah sempurna hidup mereka punyai pasangan hidup dan anak-anak untuk melengkapkan kehidupan mereka penuh dengan warna-warni..... Sebenarnya hidup berumahtangga ni memang indah jika diserikan dengan cinta dan penuh keceriaan.... 

Bila tengok baby yang kecil dan comel-comel rasa macam tak sabar nak kehidupan yang lengkap sebegitu.... Sape yang tak nak anak kan? Apa guna kahwin kalau tak nak anak, baik bercinta je sampai ke tua.... Anak-anak lah penyeri rumahtangga, seronok tengok orang yang dah dapat timang baby cepat-cepat.... Kawan aku pun dah jadi ibu, tak sempat lagi nak jenguk baby dia.....

Aku dah penat layan karenah orang yang selalu salah faham dengan apa yang kita up date dalam blog, instagram dan facebook.... Dieorang mula berfikir negatif tentang kita dan anggap kita mengutuk mereka.... Salah ke kalau kita up date pape dalam blog then orang terasa macam kita cakap kat dia kerana dia pernah bercerita pada kita apa yang dia suka dan nak buat dalam hidup dia? Perlu ke kita dihukum kerana up date blog ke instagram? Huurrrrmmmm.....

Aku dah fedup nak buat-buat baik dan cuba pujuk orang yang berlagak diri dia betul dan tak pernah buat silap.... Susah bila orang tak pernah sedar dia buat silap dengan apa yang dia cerita dan ucap pada kita.... Tapi takpe lah bukan salah aku semua ni terjadi sebab orang yang mudah terasa dan menunding jari pada aku....

Ikutlah nak jual mahal @ sombong diri bila aku dah cuba slow talk dan terangkan benda sebenar tapi still tak de respons.... Aku dah cuba we chat dan message private tapi still sunyi sepi, so lantak lah.... Kalau orang tu betol-betol baik dan niat ikhlas nak berkawan dengan kita mesti dia akan reply message kita.... Whatsapp dan instagram dan block terus..... Tak nak kawan dah, suka hati kau lah sebab aku bukan rugi tak de kawan macam kau....

Yang penting sekarang ni hidup aku bahagia dan sempurna...... Kau nak buat perangai busuk kau, ikut suka lah sebab dari dulu sampai sekarang memang kaki gaduh.... Aku dah cuba jernihkan keadaan dan nak segala kembali pada normal dah kau tak nak takpe lah..... Aku pun malas nak pujuk orang yang kerasa kepala dan bajet baik macam kau ni..... Baik aku hidup dengan life aku sekarang ni..... Alhamdulillah rezeki makin masyukk dan Allah tambahkan rezeki buat kami lepas kau pergi..... Ada hikmah rupanya bila aku dah tak berkawan dengan kau.....

Bila kita nak berkawan dengan seseorang biar lah ikhlas tanpa ada niat nak takbur @ berlagak dengan orang lain..... Tak perlu kita tunjuk pada orang konon kita kaya dan mewah mampu hidup macam orang kaya..... Orang yang kerja gov dan kaya pun bukan bercuti tiap-tiap bulan..... Kalau kau dah mampu dan duit berkepok teruskan bukan nya aku nak jelaous dengan kau..... Terima kasih untuk segalanya :-)